SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Panasnya cuaca sekarang ni....

>> Saturday, May 23, 2009

Sementara menunggu kambing sampai dijangka shipment pada 2 Jun ini, saya coretkan sedikit keadaan yang berlaku sekarang. Cuaca sekarang ni sungguh panas. Diharapkan hujan, tak muncul-muncul juga. Rumput yang ditanam pun kurang menjadi. Nak kena pasang sprinkler lah nampaknya. Benih yang first round si Sham Ghaz bagi pun boleh bilang pakai jari aja yang hidup. Survey kat kengkawan yang ambil sekali trip pun tak menjadi juga. Pelik pula, susah sangat nak tanam rumput nappier India ni. Ada satu guni lagi tu yang Sham Ghaz sedekah kat saya pun nak tanam risau aje tak menjadi. Hehehe.

Alhamdulillah, perancangan pembinaan kandang kami berjalan dengan lancar macam jet hehehe.. Seminggu aja tukang ni ambil untuk naiikan dari kayu pertama sehingga naik bumbung dengan ukuran 30kaki x 80kaki. Tak cayo tengok gambar. Tukang ni bekerja 5orang. Adik beradik dengan saudara dia yang bertukang. So kiranya minggu depan ni siaplah. Kalau sesiapa nak guna dia ni dialu-alukan sebab dia ni jelajah satu Malaysia duk buat kandang aja.



Dicampur dengan kandang sedia ada kami 30kaki x 100kaki kira cukup lah duit kami habis kat kandang. Ditambah lagi kandang bawah kami berukuran 20kaki x 40kaki untuk kambing slaugther, puas nak kumpul modal balik lepas nie. hehehe. Lepas ni kami nak concentrate kat jualan kambing import aja dengan breed. Kami akan cuba menjadi Pusat Bekalan kambing Slaugter dan Breeding untuk area Selatan. InsyaAllah.

Untuk breeding programme kami, huhuhu, cam best aja bunyi, actually bukan programme pun, stud buck yang kami beli tahu lepas telah kami crosskan dengan betina yang sedia ada telah menghasilkan anak yang boleh tahan cantik. Dengan koplo pun kami cross kan. Hasilnya tengok lah gambar tuu. Stud buck dulu tu pun dah jual. So sekarang kami cuba pula stud buck anak Snake yang kami bawa masuk bulan Februari hari tu. So hujung tahun nanti kita tengok hasilnya. Ini pun kami ikut nasihat orang-orang lama dan kat aussie pun dia orang guna sellected stud buck untuk breeding. Yang lain jadi jualan baka atau jadi kambing potong. So shipment ni nanti ada 8 ekor stud buck yang boleh dipilih. So sapa2 nak call ler.



Kat belakang kandang bawah kami juga kami ada pagarkan tanah untuk buat sistem 2R untuk kambing kami. 2R tu Rilex and Ragut hehehe. Dah duduk atas kandang lama-lama, bila lepaskan kat bawah komain suka. Macam tak pernah jumpa tanah. Bukan boleh selalu lepas Dan stud buck kami bila kat bawah pun dia menjalankan tugas sebagai pejantan. Kat gambar tu ada, cari ler. hehehe.



Dan akhir sekali, ni haa, banner baru kat kandang. hehehehe. OK lah setakat ni saja. Ketemu dilain kali dengan cerita kita, kambing kita, kandang kita untuk semua. Salam.


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Sedikit Update before Kambing Sampai

>> Friday, May 15, 2009

Salam semua. Kehidupan setiap hari dengan kambing dan cacing. Kenapa masuk cerita cacing pulak? Pada yang tidak tahu saya juga adalah pembekal cacing dari Indonesia hampir setahun lebih dan Alhamdulillah supply semakin meningkat semenjak dua menjak ini. Rezeki Allah nak bagi so kita hanya perlu kongsi kepada umat yang memerlukan. Off topic sikit. hehehe.

Berbalik kepada cerita Kambing, kami sedang menaikkan kandang berukuran 30kaki X 60kaki sambungan kepada kandang kami yang sedia ada untuk menampung kambing-kambing yang akan tiba pada akhir bulan ni. Kalau kambing habis terjual pun boleh lah kami guna kandang tu untuk menampung anak-anak kambing yang akan lahir kelak. Tapi selalunya tak sempat lahir pun anak kat kandang kami, customer yang baru nak belajar akan beli dari kami dan kami pun suka menjualnya dengan harga yang berpatutan. hehehe.



Untuk kambing slaughter kami buatkan kandang kambing bawah aje laa, budget tak cukup untuk kambing potong ni dan kami fikir lagipun kambing ni selalunya kejap aje duduk kat kandang so banglo bawah aja kami buatkan.


Kambing dijangka landed pada akhir bulan ni tetapi sebelum buat fullpayment hari tu saya diberitahu kambing susu saanen mereka tidak dapat hantar kerana kekurangan kambing saanen yang berumur 15-18bulan. Even yang berumur 12bulan pun susah untuk dicari. Yang ada kambing 7-9bulan does. So saya mengambil keputusan untuk tidak membawa kambing saanen muda kerana mereka akan cuba mendapatkan untuk shipment insyaAllah awal bulan Jun.


So, untuk shipment akhir bulan ini, selain FAREL (40kg ave.) DAN BOER WETHERS (50-60kg ave.) pembeli-pembeli juga boleh membuat pilihan kambing-kambing yang kami bawa antaranya: STUD BUCK BOER BLOODLINES, DOES FULLBLOOD REG., DOES UNREG. DOES PUREBREED, DENGAN HARGA MAMPU MILIK. Hari Jumaat minggu lepas keluar pulakk cerita pasal Dorpers kat Utusan so kami pun ada bawakan juga White Dorpers untuk pembeli-pembeli membuat pilihan seperti: STUD RAM Reg. with cert. 18BULAN, RAM 15BULAN REG with cert., EWES F1/F2, EWES F3/F4 DAN EWES PUREBREED. DORPER NI SELALUNYA MEMANG BERAT, JIKA UMUR 7-9BULAN PUN DAH MENCECAH 35-40KG DAN YANG PASTINYA HARGA INSYAALLAH BOLEH NEGO SAMPAI JADI DAN KALAU HARGA KLIA LAGI MURAHHH.

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI SHAMSUL 0136316933 / KROL 0176133093


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Result dari trip ke Australia May 2009

>> Wednesday, May 6, 2009

Salam, Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Sinopsis pada trip kali ini merupakan pengalaman yang jarang saya dapat. Mula-mula kena soal siasat dengan custom australia, dekat 1 jam juga saya kena tahan, macam-macam disoal, macam-macam ler jawapan yang saya bagi. Dek mungkin dia tengok rambut saya panjang sikit dia terus aim macam-macam kat saya. Tapi alhamdulillah lepas juga. Yer lah kita nak buat benda baik, bukannya nak seludup barang-barang terlarang. Dugaan dan pengalaman. :) Selain cuaca di sana agak sejuk sikit, sebelah malam mencecah 6darjah celcius, saya juga dapat melihat sendiri bagaimana breeder dari sana membuat E.T (embrio transfer). Kebetulan pada hari yang saya sampai mereka sedang membuat ET kepada kambing-kambing gandmother doe reg. mereka. Dari mereka bius sehinggalah mereka memasukkan semen ke dalam serviks kambing. lebih kurang 10minit processnya. Dan kelihatan terdapat semen pelbagai baka yang disimpan oleh mereka seperti Bloodline berger,snake, joe dirt, fairfax dan sebagainya.


Sellection kambing berjalan dengan lancar dan terdapat lebih kurang 7-8 ekor stud buck yang saya akan bawa masuk khas untuk pencinta stud buck bloodlines di Malaysia. Antaranya bloodline snake, firfax, joe dirt dan ado lagi tapi tak ingat. Kalau yang dah terbayang2 tu boleh call saya, harga insyaAllah boleh beli. Tapi kalau dah sampai kandang melaka tu hargo kandang lah yer..

Dan sellection untuk purebreed, F1/F2 dan Saanen juga berjalan lancar. Untuk kambing susu saanen, saya akan bawa betina yang berumur 15bulan ke 18bulan. Ini adalah permintaan dari peminat saanen di malaysia di mana katanya kalau dara ambing nya kecil, jika berumur bila beranak susunya perah tak habis-habis. So saya pilih yang umur macam tu. Kalau minat call lah ye. Harga insyaAllah kalau minat leh runding sampai jadi.

Saya juga telah pergi ke ladang Dorper di sekitar Dalby untuk cuci mata. Keluasan lebih kurang seribu ekar dengan bilangan 600ekor ewes dopper dan 60 rams serta sedikit kalahari. Memang kalau tengok geram, ingatkan tak nak beli tetapi tewas juga dengan nafsu. Beli gaks sikit. hehehe. Stud Ram Registered pun ado. Kalau yang minat tu boleh beli dari saya dan kalau nak banyak call cecepat, saya boleh order lagi. dan harga confirm mampu milik. Tak cayo try ler. hehehe. Penternak dopper ini juga mempunyai pekerjaan mengetam bulu biri-biri. Di ladang miliknya dia mengetam bulu di atas kandang kambing macam kita di Malaysia. Ingatkan dia bela kambing kat atas, rupanya dia mengetam dan juga dijadikan tempat store kambing-kambing slaughter (weather dorper) untuk dipasarkan.

Oleh itu, stock yang akan dibawa masuk adalah Farel (ave. 40kg), Boer Weather (ave. 50kg) dan breeding goat seperti buck, f1/f2, purebreed, saanen dan sedikit dopper. Dan jika berminat boleh berhubung dengan saya di talian 0136316933 Shamsul. Kambing sampai insyaAllah range date 20 may - 25 may dan boleh sellect kat animal hotel dan boleh terus bawa balik. Kalau nak lori saya leh uruskan janji call dulu lah. Dan segala harga boleh dibincangkan, janji berkenan kat kambing yang di bawa. Deposit pun tak ambil so no harms, no woories. Take a look first then decide which one do you like, termakan cheese hari tu, speaking ler sikit, hehehe.. OK kambing sampai saya akan update kepada yang ingin serta ke Animal Hotel. Adiossss..






Azam Best Farm Admin.

Read more...

Sedikit Update sebelum depart to Aussie

>> Sunday, April 19, 2009

Salam, setelah hampir sebulan lebih kambing last shipment landed, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli-pembeli kambing yang kami bawa dari pelusuk Malaysia. Antaranya En wan UTEM melaka, en azim merlimau, en. azmi changlun (jauh ni hantar, hehehe), en. yusri sungkai, En Abu sungai buluh dan ramai lagi. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang diberikan. Harapan kami semoga pembeli-pembeli kambing kami berpuashati dengan baka-baka bloodlines yang kami bawa. Dan next time nak beli jgn lupa kami. Dan alhamdulillah kami pun akan berlepas ke Australia akhir bulan nie untuk mensellect kambing-kambing yang kami rasa boleh dijual untuk peminat-peminat kambing Malaysia. Tidak lupa juga kambing slaughter khas untuk pentrading-pentrading di Malaysia, hehehe. Kalau yang berminat nak tanya-tanya harga boleh berhubung terus dengan kami. Dan insyaAllah, seperti yang saya janji, saya akan cuba bawa kambing susu saanen yang lebih dari setahun untuk anda semua. Dan kalau ada wang lebih Dorper menyusul. InsyaAllah harga leh runding. Kami dapat untung sikit lepas tiket kapal terbang dah ler. hehehe. Apa lagi, jgn malu-malu, kalau nak tahu sms aje saya, nanti saya call. Stop here.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Kambing Saanen akan dibawa masuk Mei 09

>> Tuesday, March 31, 2009














Salam, untuk shipment bulan Mei, saya akan cuba bawa kambing susu / dairy goat dari Australia. Fokus kami adalah untuk membantu peminat-peminat kambing susu di Malaysia mendapatkan kambing susu dengan produksi susu terbaik dengan harga mampu milik. Di bawah ada sedikit info mengenai kambing-kambing susu yang terdapat di Australia. Jika berminat untuk mencuba dengan kami untuk shipment akan datang boleh berhubung dengan kami.


Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat. Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 2- 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

a. Penyakit deman kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Biasanya penternak penternak memerah susu diwaktu pagi selepas memberi makanan dan membersihkan kandang. Susu susu yang diperah tadi dimasukkan dalam botol pelastik yang telah di sediakan. Susu yang telah dibotolkan secara manual dijual dengan kadar RM 14.00 hingga RM 16.00 seliter. Pendapatan sebegini sudah cukup untuk menampung kos pembelian makanan dedak dan hampas soya.

Produk-produk tambahan daripada susu kambing saanen juga boleh dihasilkan melalui proses-proses tradisional ataupun bioteknologi seperti sabun susu kambing, aiskrim susu kambing, kosmetik dan sebagainya. Ini juga dapat membantu penternak ruminan menambah pendapatan sampingan atau mungkin juga akan menjadi pendapatan utama.



Ciri-ciri Saanen

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg Jantan 68-91 kg
Betina 3.3 kg Betina 36-63 kg
  • Berbulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher /tanglung

Sedikit fakta mengenai kambing susu di australia dalam bahasa English yang kita dapat kongsi bersama :

Fact: A Saanen goat holds the world record for milk production of 3,500 kilos or 750 gallons of milk in 365 days. Another gave 3355 kilos or 718 gallons and another 2870 kilos or 615 gallons. All in 365 days.

Saanens represent the largest number of goats in Australia, and therefore have the biggest genetic pool.

2003 was the first year that the Australian Melaan Dairy Goat competed in the show ring. They are a recognized and registered breed in Australia.

Fact: Dairy Goats require good housing and should not be tethered, as they are natural browsers, not grazers. Good wire netting fences are required. They also train favourably to electric fences.

Fact: Dairy Goats need bulk, such as leaves, e.g. gum, wattle, soap tree, mango leaves etc. Also. Lucerne hay and a protein meal of pellets.

Fact: They need to be regularly drenched for worms.

Dairy Goats are not smelly!!

Some Dairy Goats have 'toggles' on their necks, these are not functional, just skin.

They do not eat anything e.g. cans, paper, washing from clothes lines etc.

They are not dirty. They will not eat food that is spoiled or fouled by their droppings, or dirt.

Goats Milk does not taste strong -

It is an excellent food for persons with the following medical conditions:-

Asthma - and other related conditions
Stomach ulcers
Skin complaints due to allergies
Digestive problems in persons of all ages
Babies who cannot tolerate cow's milk
Plus lots more...



Azam Best Farm Admin.

Read more...

>> Sunday, March 22, 2009

Salam semua, sibuk dengan kerja-kerja di kandang tak sempat nak update blog ni. Kebetulan ada shipment 31hb march ni, kami ingin menawarkan kepada trader-trader atau penternak-penternak kambing semua harga borong kambing slaughter kami untuk disambar. Sila berhubung dengan kami jika berminat untuk memborong atau pun untuk menjadi ejen daerah.

KANCING GIGI
Dan sedikit update kejadian yg berlaku di kandang kami di hari Ahad yg cerah ini. Seekor anak kambing purebreed umur 3bulan kami telah mati kerana penyakit Kancing Gigi. Sinopsis kejadian 2hari sebelum kematian anak kambing ini telah kena ceret beret dan kami telah berikan ubat scorban plus dan antibiotik tremacyin L.A. Tetapi keadaan nampak tidak berapa memberangsangkan pada keesokkannya sehingga lah hari ini kami dapati anak kambing malang ini tersepit dan langsung kena kancing gigi. Bagaimana kami noticed anak kambing ini kena Kancing Gigi adalah melalui mulutnya. Kami cuba memberi air minum tetapi dengan menggunakan kederat tangan kami, kami tak dapat bukak mulut anak kambing ini. Sunggu ketat daaa. Tak boleh tarik kuat2 pulak, nanti rabak mulut kes naya aje. Then bila kami call dr. Aziz, dia bertanya kat saya, "Dah injit Hactavac ke?" Blum lah dr. ubat dah habis. Itu lah, betapa penting vaksin yg bernama Hactavac ni kerana ia menghindar kambing dari terkena penyakit yg tak dijangka seperti Kancing Gigi, Radang Paru2, dan tak ingat lagi. Nanti kami update sikit penyakit yg cover. Vaksin Hactavac ini berharga RM300 lebih masa dulu beli kat Lazuli dan cara suntikan pun 2ml sahaja. Diulang sebulan kemudian dan sekali setahun baru injit. Dan dia sempat cakap, "Ini pengajaran" dan memang kami belajar pun, dan tobat, besok nak gi beli lah. hehehe. Itu lah coretan pada hari ini. Dan promote sikit, hehehe, jgn lupa siapa yg minat nak order guna mulut aje, tak mintak deposit pun, kambing slaughter 31hb march ni sampai. Barang sampai, puas hati, bayar, angkut. OK . salam.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Shipment 10hb Mac 2009

>> Friday, March 13, 2009

Salam kepada penternak-penternak kambing Malaysia. Alhamdulillah, kambing kami telah selamat sampai 10hb februari kira-kira jam 6petang di Animal Hotel, Sepang. Walaupun delay kira-kira seminggu kerana pertambahan blood test dari Axis dan semua urusan telah selesai. Urusan pemindahan kambing telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah lori dari customer dan kambing clear dari animal hotel kira-kira jam 11malam. Trailer membawa kambing kami pula ke kandang Sg. Rambai sampai kira-kira jam 2pagi dan kami selesai masukkan ke kandang hampir jam 5pagi. Huhuhu, balik sampai rumah pun jam 6.30pagi. Walaupun letih tetapi kambing punya pasal berkorban.

Urusan penghantaran kepada customer-customer yang booking kambing kami telah selamat deliver pada keesokkannya dan kepada customer-customer yang nak datang hari sabtu ahad nie pun kami mengalu2kan kedatangan anda dan pilih ler lebih-lebih sikit.hehehe. Harga no hal,, boleh carita yang penting minat kat kambing tu dulu. Antara kambing-kambing yang kami offer kat kandang sementara permit kambing Australia leh guna lagi adalah:
FAREL RM440, WETHER BOER RM460, BOER DOE FB REG RM1950, BOER F4 RM950, BOER F5/F6 RM1050, BOER BUCK FB REG RM2100, BOER STUDBUCK B.LINES RM3500 (YG NI BARANG BAIK, TAK CAYA DATANG LAH TENGOK, KALAHARI DOE UNREG RM1300, KALAHARI DOE FB REG RM2200, KALAHARI STUD BUCK REG RM3500-RM4500 (YG NI PUN BRG BAIK, JGN MENYESAL NANTI HEHEHE) . SEMUA HARGA CONFIRM BOLEH DIRUNDING,YANG PENTING BERKENAN KAT KAMBING THEN DEAL SAMPAI JADI, INSYAALLAH.


Kambing landed with crete


Kambing beratur transfer ke dalam lori


Khairol nak transfer kambing dari trailer ke lori 3tan, tak boleh masuk maa trailer, sangkut ngan wayer telekom.


Haa, ini dia kalahari unreg ngan reg. untuk dijual.


Stud buck boer ullie ngan karbo tarzan untuk disambau peminat buck.


Brownhead doe for your selection. Minat, runding dan angkut bawa balik ler.


Farel saiz-saiz besar untuk diborong. Start dengan RM440 ajeee.


Stud buck kalahari reg. Yang ni kat aussie judge dari show kambing yang bela.


Stud Big Buck, nak guna sendiri lah. Big buck kat kandang dah takda. hehehe

Yang ni F1/F2, tinggal 5ekor kot kat kandang. F1/F2 memang bawak yg banyak brown kat kepala, kasi customer puas sikit. hehehe

OK lah, nanti saya update lagi, insyaAllah dan kalau nak shopping kambing jemput lah ke kandang, tengok dulu barang. Sms/call akan dilayan. Hehehe. Salam

Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP