SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

>> Sunday, March 22, 2009

Salam semua, sibuk dengan kerja-kerja di kandang tak sempat nak update blog ni. Kebetulan ada shipment 31hb march ni, kami ingin menawarkan kepada trader-trader atau penternak-penternak kambing semua harga borong kambing slaughter kami untuk disambar. Sila berhubung dengan kami jika berminat untuk memborong atau pun untuk menjadi ejen daerah.

KANCING GIGI
Dan sedikit update kejadian yg berlaku di kandang kami di hari Ahad yg cerah ini. Seekor anak kambing purebreed umur 3bulan kami telah mati kerana penyakit Kancing Gigi. Sinopsis kejadian 2hari sebelum kematian anak kambing ini telah kena ceret beret dan kami telah berikan ubat scorban plus dan antibiotik tremacyin L.A. Tetapi keadaan nampak tidak berapa memberangsangkan pada keesokkannya sehingga lah hari ini kami dapati anak kambing malang ini tersepit dan langsung kena kancing gigi. Bagaimana kami noticed anak kambing ini kena Kancing Gigi adalah melalui mulutnya. Kami cuba memberi air minum tetapi dengan menggunakan kederat tangan kami, kami tak dapat bukak mulut anak kambing ini. Sunggu ketat daaa. Tak boleh tarik kuat2 pulak, nanti rabak mulut kes naya aje. Then bila kami call dr. Aziz, dia bertanya kat saya, "Dah injit Hactavac ke?" Blum lah dr. ubat dah habis. Itu lah, betapa penting vaksin yg bernama Hactavac ni kerana ia menghindar kambing dari terkena penyakit yg tak dijangka seperti Kancing Gigi, Radang Paru2, dan tak ingat lagi. Nanti kami update sikit penyakit yg cover. Vaksin Hactavac ini berharga RM300 lebih masa dulu beli kat Lazuli dan cara suntikan pun 2ml sahaja. Diulang sebulan kemudian dan sekali setahun baru injit. Dan dia sempat cakap, "Ini pengajaran" dan memang kami belajar pun, dan tobat, besok nak gi beli lah. hehehe. Itu lah coretan pada hari ini. Dan promote sikit, hehehe, jgn lupa siapa yg minat nak order guna mulut aje, tak mintak deposit pun, kambing slaughter 31hb march ni sampai. Barang sampai, puas hati, bayar, angkut. OK . salam.
Azam Best Farm Admin.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP