SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Shipment 10hb Mac 2009

>> Friday, March 13, 2009

Salam kepada penternak-penternak kambing Malaysia. Alhamdulillah, kambing kami telah selamat sampai 10hb februari kira-kira jam 6petang di Animal Hotel, Sepang. Walaupun delay kira-kira seminggu kerana pertambahan blood test dari Axis dan semua urusan telah selesai. Urusan pemindahan kambing telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah lori dari customer dan kambing clear dari animal hotel kira-kira jam 11malam. Trailer membawa kambing kami pula ke kandang Sg. Rambai sampai kira-kira jam 2pagi dan kami selesai masukkan ke kandang hampir jam 5pagi. Huhuhu, balik sampai rumah pun jam 6.30pagi. Walaupun letih tetapi kambing punya pasal berkorban.

Urusan penghantaran kepada customer-customer yang booking kambing kami telah selamat deliver pada keesokkannya dan kepada customer-customer yang nak datang hari sabtu ahad nie pun kami mengalu2kan kedatangan anda dan pilih ler lebih-lebih sikit.hehehe. Harga no hal,, boleh carita yang penting minat kat kambing tu dulu. Antara kambing-kambing yang kami offer kat kandang sementara permit kambing Australia leh guna lagi adalah:
FAREL RM440, WETHER BOER RM460, BOER DOE FB REG RM1950, BOER F4 RM950, BOER F5/F6 RM1050, BOER BUCK FB REG RM2100, BOER STUDBUCK B.LINES RM3500 (YG NI BARANG BAIK, TAK CAYA DATANG LAH TENGOK, KALAHARI DOE UNREG RM1300, KALAHARI DOE FB REG RM2200, KALAHARI STUD BUCK REG RM3500-RM4500 (YG NI PUN BRG BAIK, JGN MENYESAL NANTI HEHEHE) . SEMUA HARGA CONFIRM BOLEH DIRUNDING,YANG PENTING BERKENAN KAT KAMBING THEN DEAL SAMPAI JADI, INSYAALLAH.


Kambing landed with crete


Kambing beratur transfer ke dalam lori


Khairol nak transfer kambing dari trailer ke lori 3tan, tak boleh masuk maa trailer, sangkut ngan wayer telekom.


Haa, ini dia kalahari unreg ngan reg. untuk dijual.


Stud buck boer ullie ngan karbo tarzan untuk disambau peminat buck.


Brownhead doe for your selection. Minat, runding dan angkut bawa balik ler.


Farel saiz-saiz besar untuk diborong. Start dengan RM440 ajeee.


Stud buck kalahari reg. Yang ni kat aussie judge dari show kambing yang bela.


Stud Big Buck, nak guna sendiri lah. Big buck kat kandang dah takda. hehehe

Yang ni F1/F2, tinggal 5ekor kot kat kandang. F1/F2 memang bawak yg banyak brown kat kepala, kasi customer puas sikit. hehehe

OK lah, nanti saya update lagi, insyaAllah dan kalau nak shopping kambing jemput lah ke kandang, tengok dulu barang. Sms/call akan dilayan. Hehehe. Salam

Azam Best Farm Admin.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP