SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Result dari trip ke Australia May 2009

>> Wednesday, May 6, 2009

Salam, Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Sinopsis pada trip kali ini merupakan pengalaman yang jarang saya dapat. Mula-mula kena soal siasat dengan custom australia, dekat 1 jam juga saya kena tahan, macam-macam disoal, macam-macam ler jawapan yang saya bagi. Dek mungkin dia tengok rambut saya panjang sikit dia terus aim macam-macam kat saya. Tapi alhamdulillah lepas juga. Yer lah kita nak buat benda baik, bukannya nak seludup barang-barang terlarang. Dugaan dan pengalaman. :) Selain cuaca di sana agak sejuk sikit, sebelah malam mencecah 6darjah celcius, saya juga dapat melihat sendiri bagaimana breeder dari sana membuat E.T (embrio transfer). Kebetulan pada hari yang saya sampai mereka sedang membuat ET kepada kambing-kambing gandmother doe reg. mereka. Dari mereka bius sehinggalah mereka memasukkan semen ke dalam serviks kambing. lebih kurang 10minit processnya. Dan kelihatan terdapat semen pelbagai baka yang disimpan oleh mereka seperti Bloodline berger,snake, joe dirt, fairfax dan sebagainya.


Sellection kambing berjalan dengan lancar dan terdapat lebih kurang 7-8 ekor stud buck yang saya akan bawa masuk khas untuk pencinta stud buck bloodlines di Malaysia. Antaranya bloodline snake, firfax, joe dirt dan ado lagi tapi tak ingat. Kalau yang dah terbayang2 tu boleh call saya, harga insyaAllah boleh beli. Tapi kalau dah sampai kandang melaka tu hargo kandang lah yer..

Dan sellection untuk purebreed, F1/F2 dan Saanen juga berjalan lancar. Untuk kambing susu saanen, saya akan bawa betina yang berumur 15bulan ke 18bulan. Ini adalah permintaan dari peminat saanen di malaysia di mana katanya kalau dara ambing nya kecil, jika berumur bila beranak susunya perah tak habis-habis. So saya pilih yang umur macam tu. Kalau minat call lah ye. Harga insyaAllah kalau minat leh runding sampai jadi.

Saya juga telah pergi ke ladang Dorper di sekitar Dalby untuk cuci mata. Keluasan lebih kurang seribu ekar dengan bilangan 600ekor ewes dopper dan 60 rams serta sedikit kalahari. Memang kalau tengok geram, ingatkan tak nak beli tetapi tewas juga dengan nafsu. Beli gaks sikit. hehehe. Stud Ram Registered pun ado. Kalau yang minat tu boleh beli dari saya dan kalau nak banyak call cecepat, saya boleh order lagi. dan harga confirm mampu milik. Tak cayo try ler. hehehe. Penternak dopper ini juga mempunyai pekerjaan mengetam bulu biri-biri. Di ladang miliknya dia mengetam bulu di atas kandang kambing macam kita di Malaysia. Ingatkan dia bela kambing kat atas, rupanya dia mengetam dan juga dijadikan tempat store kambing-kambing slaughter (weather dorper) untuk dipasarkan.

Oleh itu, stock yang akan dibawa masuk adalah Farel (ave. 40kg), Boer Weather (ave. 50kg) dan breeding goat seperti buck, f1/f2, purebreed, saanen dan sedikit dopper. Dan jika berminat boleh berhubung dengan saya di talian 0136316933 Shamsul. Kambing sampai insyaAllah range date 20 may - 25 may dan boleh sellect kat animal hotel dan boleh terus bawa balik. Kalau nak lori saya leh uruskan janji call dulu lah. Dan segala harga boleh dibincangkan, janji berkenan kat kambing yang di bawa. Deposit pun tak ambil so no harms, no woories. Take a look first then decide which one do you like, termakan cheese hari tu, speaking ler sikit, hehehe.. OK kambing sampai saya akan update kepada yang ingin serta ke Animal Hotel. Adiossss..






Azam Best Farm Admin.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP