SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Panasnya cuaca sekarang ni....

>> Saturday, May 23, 2009

Sementara menunggu kambing sampai dijangka shipment pada 2 Jun ini, saya coretkan sedikit keadaan yang berlaku sekarang. Cuaca sekarang ni sungguh panas. Diharapkan hujan, tak muncul-muncul juga. Rumput yang ditanam pun kurang menjadi. Nak kena pasang sprinkler lah nampaknya. Benih yang first round si Sham Ghaz bagi pun boleh bilang pakai jari aja yang hidup. Survey kat kengkawan yang ambil sekali trip pun tak menjadi juga. Pelik pula, susah sangat nak tanam rumput nappier India ni. Ada satu guni lagi tu yang Sham Ghaz sedekah kat saya pun nak tanam risau aje tak menjadi. Hehehe.

Alhamdulillah, perancangan pembinaan kandang kami berjalan dengan lancar macam jet hehehe.. Seminggu aja tukang ni ambil untuk naiikan dari kayu pertama sehingga naik bumbung dengan ukuran 30kaki x 80kaki. Tak cayo tengok gambar. Tukang ni bekerja 5orang. Adik beradik dengan saudara dia yang bertukang. So kiranya minggu depan ni siaplah. Kalau sesiapa nak guna dia ni dialu-alukan sebab dia ni jelajah satu Malaysia duk buat kandang aja.



Dicampur dengan kandang sedia ada kami 30kaki x 100kaki kira cukup lah duit kami habis kat kandang. Ditambah lagi kandang bawah kami berukuran 20kaki x 40kaki untuk kambing slaugther, puas nak kumpul modal balik lepas nie. hehehe. Lepas ni kami nak concentrate kat jualan kambing import aja dengan breed. Kami akan cuba menjadi Pusat Bekalan kambing Slaugter dan Breeding untuk area Selatan. InsyaAllah.

Untuk breeding programme kami, huhuhu, cam best aja bunyi, actually bukan programme pun, stud buck yang kami beli tahu lepas telah kami crosskan dengan betina yang sedia ada telah menghasilkan anak yang boleh tahan cantik. Dengan koplo pun kami cross kan. Hasilnya tengok lah gambar tuu. Stud buck dulu tu pun dah jual. So sekarang kami cuba pula stud buck anak Snake yang kami bawa masuk bulan Februari hari tu. So hujung tahun nanti kita tengok hasilnya. Ini pun kami ikut nasihat orang-orang lama dan kat aussie pun dia orang guna sellected stud buck untuk breeding. Yang lain jadi jualan baka atau jadi kambing potong. So shipment ni nanti ada 8 ekor stud buck yang boleh dipilih. So sapa2 nak call ler.



Kat belakang kandang bawah kami juga kami ada pagarkan tanah untuk buat sistem 2R untuk kambing kami. 2R tu Rilex and Ragut hehehe. Dah duduk atas kandang lama-lama, bila lepaskan kat bawah komain suka. Macam tak pernah jumpa tanah. Bukan boleh selalu lepas Dan stud buck kami bila kat bawah pun dia menjalankan tugas sebagai pejantan. Kat gambar tu ada, cari ler. hehehe.



Dan akhir sekali, ni haa, banner baru kat kandang. hehehehe. OK lah setakat ni saja. Ketemu dilain kali dengan cerita kita, kambing kita, kandang kita untuk semua. Salam.


Azam Best Farm Admin.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP