SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Panasnya cuaca sekarang ni....

>> Saturday, May 23, 2009

Sementara menunggu kambing sampai dijangka shipment pada 2 Jun ini, saya coretkan sedikit keadaan yang berlaku sekarang. Cuaca sekarang ni sungguh panas. Diharapkan hujan, tak muncul-muncul juga. Rumput yang ditanam pun kurang menjadi. Nak kena pasang sprinkler lah nampaknya. Benih yang first round si Sham Ghaz bagi pun boleh bilang pakai jari aja yang hidup. Survey kat kengkawan yang ambil sekali trip pun tak menjadi juga. Pelik pula, susah sangat nak tanam rumput nappier India ni. Ada satu guni lagi tu yang Sham Ghaz sedekah kat saya pun nak tanam risau aje tak menjadi. Hehehe.

Alhamdulillah, perancangan pembinaan kandang kami berjalan dengan lancar macam jet hehehe.. Seminggu aja tukang ni ambil untuk naiikan dari kayu pertama sehingga naik bumbung dengan ukuran 30kaki x 80kaki. Tak cayo tengok gambar. Tukang ni bekerja 5orang. Adik beradik dengan saudara dia yang bertukang. So kiranya minggu depan ni siaplah. Kalau sesiapa nak guna dia ni dialu-alukan sebab dia ni jelajah satu Malaysia duk buat kandang aja.



Dicampur dengan kandang sedia ada kami 30kaki x 100kaki kira cukup lah duit kami habis kat kandang. Ditambah lagi kandang bawah kami berukuran 20kaki x 40kaki untuk kambing slaugther, puas nak kumpul modal balik lepas nie. hehehe. Lepas ni kami nak concentrate kat jualan kambing import aja dengan breed. Kami akan cuba menjadi Pusat Bekalan kambing Slaugter dan Breeding untuk area Selatan. InsyaAllah.

Untuk breeding programme kami, huhuhu, cam best aja bunyi, actually bukan programme pun, stud buck yang kami beli tahu lepas telah kami crosskan dengan betina yang sedia ada telah menghasilkan anak yang boleh tahan cantik. Dengan koplo pun kami cross kan. Hasilnya tengok lah gambar tuu. Stud buck dulu tu pun dah jual. So sekarang kami cuba pula stud buck anak Snake yang kami bawa masuk bulan Februari hari tu. So hujung tahun nanti kita tengok hasilnya. Ini pun kami ikut nasihat orang-orang lama dan kat aussie pun dia orang guna sellected stud buck untuk breeding. Yang lain jadi jualan baka atau jadi kambing potong. So shipment ni nanti ada 8 ekor stud buck yang boleh dipilih. So sapa2 nak call ler.



Kat belakang kandang bawah kami juga kami ada pagarkan tanah untuk buat sistem 2R untuk kambing kami. 2R tu Rilex and Ragut hehehe. Dah duduk atas kandang lama-lama, bila lepaskan kat bawah komain suka. Macam tak pernah jumpa tanah. Bukan boleh selalu lepas Dan stud buck kami bila kat bawah pun dia menjalankan tugas sebagai pejantan. Kat gambar tu ada, cari ler. hehehe.



Dan akhir sekali, ni haa, banner baru kat kandang. hehehehe. OK lah setakat ni saja. Ketemu dilain kali dengan cerita kita, kambing kita, kandang kita untuk semua. Salam.


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Sedikit Update before Kambing Sampai

>> Friday, May 15, 2009

Salam semua. Kehidupan setiap hari dengan kambing dan cacing. Kenapa masuk cerita cacing pulak? Pada yang tidak tahu saya juga adalah pembekal cacing dari Indonesia hampir setahun lebih dan Alhamdulillah supply semakin meningkat semenjak dua menjak ini. Rezeki Allah nak bagi so kita hanya perlu kongsi kepada umat yang memerlukan. Off topic sikit. hehehe.

Berbalik kepada cerita Kambing, kami sedang menaikkan kandang berukuran 30kaki X 60kaki sambungan kepada kandang kami yang sedia ada untuk menampung kambing-kambing yang akan tiba pada akhir bulan ni. Kalau kambing habis terjual pun boleh lah kami guna kandang tu untuk menampung anak-anak kambing yang akan lahir kelak. Tapi selalunya tak sempat lahir pun anak kat kandang kami, customer yang baru nak belajar akan beli dari kami dan kami pun suka menjualnya dengan harga yang berpatutan. hehehe.



Untuk kambing slaughter kami buatkan kandang kambing bawah aje laa, budget tak cukup untuk kambing potong ni dan kami fikir lagipun kambing ni selalunya kejap aje duduk kat kandang so banglo bawah aja kami buatkan.


Kambing dijangka landed pada akhir bulan ni tetapi sebelum buat fullpayment hari tu saya diberitahu kambing susu saanen mereka tidak dapat hantar kerana kekurangan kambing saanen yang berumur 15-18bulan. Even yang berumur 12bulan pun susah untuk dicari. Yang ada kambing 7-9bulan does. So saya mengambil keputusan untuk tidak membawa kambing saanen muda kerana mereka akan cuba mendapatkan untuk shipment insyaAllah awal bulan Jun.


So, untuk shipment akhir bulan ini, selain FAREL (40kg ave.) DAN BOER WETHERS (50-60kg ave.) pembeli-pembeli juga boleh membuat pilihan kambing-kambing yang kami bawa antaranya: STUD BUCK BOER BLOODLINES, DOES FULLBLOOD REG., DOES UNREG. DOES PUREBREED, DENGAN HARGA MAMPU MILIK. Hari Jumaat minggu lepas keluar pulakk cerita pasal Dorpers kat Utusan so kami pun ada bawakan juga White Dorpers untuk pembeli-pembeli membuat pilihan seperti: STUD RAM Reg. with cert. 18BULAN, RAM 15BULAN REG with cert., EWES F1/F2, EWES F3/F4 DAN EWES PUREBREED. DORPER NI SELALUNYA MEMANG BERAT, JIKA UMUR 7-9BULAN PUN DAH MENCECAH 35-40KG DAN YANG PASTINYA HARGA INSYAALLAH BOLEH NEGO SAMPAI JADI DAN KALAU HARGA KLIA LAGI MURAHHH.

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI SHAMSUL 0136316933 / KROL 0176133093


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Result dari trip ke Australia May 2009

>> Wednesday, May 6, 2009

Salam, Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Sinopsis pada trip kali ini merupakan pengalaman yang jarang saya dapat. Mula-mula kena soal siasat dengan custom australia, dekat 1 jam juga saya kena tahan, macam-macam disoal, macam-macam ler jawapan yang saya bagi. Dek mungkin dia tengok rambut saya panjang sikit dia terus aim macam-macam kat saya. Tapi alhamdulillah lepas juga. Yer lah kita nak buat benda baik, bukannya nak seludup barang-barang terlarang. Dugaan dan pengalaman. :) Selain cuaca di sana agak sejuk sikit, sebelah malam mencecah 6darjah celcius, saya juga dapat melihat sendiri bagaimana breeder dari sana membuat E.T (embrio transfer). Kebetulan pada hari yang saya sampai mereka sedang membuat ET kepada kambing-kambing gandmother doe reg. mereka. Dari mereka bius sehinggalah mereka memasukkan semen ke dalam serviks kambing. lebih kurang 10minit processnya. Dan kelihatan terdapat semen pelbagai baka yang disimpan oleh mereka seperti Bloodline berger,snake, joe dirt, fairfax dan sebagainya.


Sellection kambing berjalan dengan lancar dan terdapat lebih kurang 7-8 ekor stud buck yang saya akan bawa masuk khas untuk pencinta stud buck bloodlines di Malaysia. Antaranya bloodline snake, firfax, joe dirt dan ado lagi tapi tak ingat. Kalau yang dah terbayang2 tu boleh call saya, harga insyaAllah boleh beli. Tapi kalau dah sampai kandang melaka tu hargo kandang lah yer..

Dan sellection untuk purebreed, F1/F2 dan Saanen juga berjalan lancar. Untuk kambing susu saanen, saya akan bawa betina yang berumur 15bulan ke 18bulan. Ini adalah permintaan dari peminat saanen di malaysia di mana katanya kalau dara ambing nya kecil, jika berumur bila beranak susunya perah tak habis-habis. So saya pilih yang umur macam tu. Kalau minat call lah ye. Harga insyaAllah kalau minat leh runding sampai jadi.

Saya juga telah pergi ke ladang Dorper di sekitar Dalby untuk cuci mata. Keluasan lebih kurang seribu ekar dengan bilangan 600ekor ewes dopper dan 60 rams serta sedikit kalahari. Memang kalau tengok geram, ingatkan tak nak beli tetapi tewas juga dengan nafsu. Beli gaks sikit. hehehe. Stud Ram Registered pun ado. Kalau yang minat tu boleh beli dari saya dan kalau nak banyak call cecepat, saya boleh order lagi. dan harga confirm mampu milik. Tak cayo try ler. hehehe. Penternak dopper ini juga mempunyai pekerjaan mengetam bulu biri-biri. Di ladang miliknya dia mengetam bulu di atas kandang kambing macam kita di Malaysia. Ingatkan dia bela kambing kat atas, rupanya dia mengetam dan juga dijadikan tempat store kambing-kambing slaughter (weather dorper) untuk dipasarkan.

Oleh itu, stock yang akan dibawa masuk adalah Farel (ave. 40kg), Boer Weather (ave. 50kg) dan breeding goat seperti buck, f1/f2, purebreed, saanen dan sedikit dopper. Dan jika berminat boleh berhubung dengan saya di talian 0136316933 Shamsul. Kambing sampai insyaAllah range date 20 may - 25 may dan boleh sellect kat animal hotel dan boleh terus bawa balik. Kalau nak lori saya leh uruskan janji call dulu lah. Dan segala harga boleh dibincangkan, janji berkenan kat kambing yang di bawa. Deposit pun tak ambil so no harms, no woories. Take a look first then decide which one do you like, termakan cheese hari tu, speaking ler sikit, hehehe.. OK kambing sampai saya akan update kepada yang ingin serta ke Animal Hotel. Adiossss..






Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP