2010
>> Monday, February 8, 2010
Salam, walaupun terlambat, kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Agak lama kami tidak mengupdate blog ini kerana kesibukan dan tiada aktiviti yang baru kecuali bertani, menternak dan mengsupply. Seperti biasa kami ada membawa kambing Farel Confirm Salin Gigi setiap satu ke dua bulan dari Australia. Kami juga agak sibuk sedikit dengan aktiviti jualan runcit Kambing farel dan bebiri Merino untuk ibadah aqiqah. Untuk belian borong masih diteruskan. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang percaya kan kami. Semoga urusan ini dirahmati Allah.
Kambing Baka kami juga kebanyakkan telah diborong. Kalahari telah habis diborong. Saanen tinggal 10ekor. Kami akan consentrate menternak dorper dan boer. Anak-anak dorper memang mendapat sambutan. Anak belum lahir pun kadang-kadang orang dah nak booking tetapi kami menolak kerana apabila anak dah cerai susu baru kami akan jual. Membela dorper ni memang mudah dan low maintenance compared dengan kambing boer. Tetapi akan harganya yang tinggi kadang-kadang membantutkan niat yang ingin membela dorper. Nak buat camana, harga datang dari Aussie pun tinggi. So kami bantu lah dengan menjual anak dorper.
Kebersihan kandang pun kami sentiasa jaga. Kadang-kadang bila buat benda yang sama boring juga tetapi dek kerana kambing-kambing yang kat atas kandang tu bukan sikit nilai nya, kami kena lakukan juga. Membasuh kandang, menyiram EM, membersihkan tinja dilakukan paling tidak pun sebulan sekali. Dengan adanya bantuan pekerja indon ringan sikit lah kerja kami.
Pada 26 Januari 2010 hari tu kami ada bawak masuk kambing farel dalam 100ekor untuk orang Melaka. Memang tak hebah kan kepada member-member kerana kami target untuk jualan pelanggan-pelanggan area Melaka dan Muar shaja. Semasa kami ambil kambing di kargo, kuda pun ada masuk sekali. Horse for racing. Dan dalam kesibukan menguruskan lori, terpandang kat satu lori yang jarang orang guna untuk angkut kambing. Tengok lah sendiri kat bawah nie. Macam-macam kalau nak angkut kambing. Hehehehe.
Azam Best Farm Admin.
0 comments:
Post a Comment