Update trip ke aussie awal July 2009
>> Friday, July 31, 2009
Salam semua. Maaf kerana tidak dapat update sekian lama. Untuk update kali ni semasa trip awal July ke Australia, saya ke Melbourne-Victoria-Adeleide -NSW sehingga ke Quensland. Memang kadang2 memikirkan penat bila take long journey ni tapi disebabkan balasannya dapat melihat cross country dengan suasana outback ventures, so saya rasa berbaloi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5hari-6hari dan jika dicampurkan perjalanan ke quensland ia mengambil masa hampir seminggu. Memang pengalaman yg menakjubkan di mana jika kita dengar satu dua bulan yang lepas, biri-biri Australia kedengaran seperti tiada stock di Malaysia tetapi kami di bawa oleh agent pengimport di area victoria untuk melihat sendiri stock bebiri yang mereka ada. Cuaca ketika itu memang hampir 2-3darjah celcius tetapi semangat punya pasal, pukul 7 dah terpacak kat stock farm dia orang. Beribu-ribu ekor bebiri merino kelihatan dan kebanyakkan nya telah dicukup bulunya. dan jika perlukan bebiri boleh lah order dari kami. Hehehe.
Perjalanan diteruskan untuk mencari baka Kambing Susu Saanen tetapi memang kedengaran di Australia pun memang payah nak dapat kambing Saanen ni lebih-lebih lagi baru terjadi malapetaka terhadap owner yang breed kambing saanen ni, ladang dan kambing-kambing nya terbakar. Dan ia merupakan satu impact besar ke industri Kambing Saanen Setempat kerana satu kehilangan yang besar bagi mereka. Tetapi kami dapat berjumap juga dengan owner farm yang breed kambing saanen nie dan kami dapat lihat perbezaan kambing saanen yang diternak di sini, tengok sendiri saiznya, mantap lah. Tapi kalau nak baak balik Malaysia pun harga pun sendiri mau ingat lah sebab berat kambing mempengaruhi harga jualan.
Kami juga sempat kat satu restaurant dan kebetulan kat situ ada Alpaca dan saya pun bergambar dengan binatang tu. Kuat merajuk seh binatang nie. Dan persoalan saya, adakah importer bawa masuk alpacas nie? Sebab tak ada dengar pulak alpacas ada di Malaysia. Dan memang kalau area victoria memang banyak alpacas ni dan dia pun macam kambing, ada kategori atau grad cam f1-f4. Macam2 mat saleh nie..hehehe.
Dalam perjalanan ke Adeleide kami terserempak dengan pengembala kambing macam kat Malaysia tetapi masalah nya pengembala nie punya kambing, masyaAllah, banyak nya. Ni dah dipanggil pengembala berjaya nie.heheheh. Lihat sendiri gambarnya.
Dan kami juga terserempak dengan ladang rusa di sini, nak singgah tak buat appoinment, so kami ambil gambar aja lah dengan harapan satu hari nanti nak cuba pula bawa rusa ke Malaysia.
Ketika kami berada di NSW, kami singgah ladang yang dikenali di Malaysia, Mugambi Boer Goat Stud. Kelihatan tidak berapa banyak kambing-kambingnya kerana di dah lelong kambing-kambingnya. Yang tinggal hanya baka-baka terpilih yang cun-cun untuk diternak semula. Berikut latar belakang Mugambi, copy and paste aje nie :) . Paul dan Jan Ormsby adalah pemilik/operators dari Mugambi Boer Goat Stud, ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Australia Forbes, Tengah Barat NSW., Mugambi Telah menikmati kesuksesan dalam consistent menunjukan kejayan mereka di gelangang pertunjukan dengan kejayan senior stud boer buck dan junior stud boer buck mereka. “Stone Cold” genetics digabungkan dengan baka boer dari Afrika Selatan menggunakan embryos juara dunia Dr Pepper dari genetic merupakan base melaharikan baka dari bloodline stone cold pada hari ini dan akan terus berkembang keserata pelusuk dunia. Sepanjang tahun 2003-2006 “Stone Cold” telah beberapa kali memenagi berapa Ribbon begitu juga dgn anak genarasi kedua dan ketiga.
Kami singgah di satu ladang, di area south australia kepunyaan kakak kepada kawan kami, dan kami lihat sendiri bagaimana bebiri dikasi atau dicensentrate. Apabila kambing atau bebiri yang telah mencapai umur 3bulan, telur kambing/bebiri tadi akan diikat dengan getah dan akan disembur dengan ubat yang saya pun tak berapa pasti untuk mengelakkan lalat...dan kelihatan selepas diikat telur bebiritu duduk melepak, senak agaknya kot...hehehe. dan tak berapa minit dia pun kembali aktif. Dan saya sertakan gambar-gambar untuk tatapan.
Dan kami juga singgah ke ladang Karbo Tarzan milik Pat di South Australia. Di ladang Karbo Tarzan ni ada kambing boer dan white dorper. Bini bernama Pat adalah Boer breeder dan suami nya nama tak ingat pula adalah White Dorper Breeder. Dan mereka juga agak terkenal di Malaysia dan memang saya dapati kambing boer mereka dan white dorper memang cantik dan harga pun cantik lah bang. Hehehe. Kalau ada rezeki dapat lah bawak masuk boer karbo tarzan ni ilepas raya nanti.
So macam biasa lah, bila ke quensland miles, kami singgah ke ladang Chevredor tetapi orang Sabah dah borong habis kambing di Chevredor nie. Kayo lah dia nie. Dan ada lah beberapa selection yang dibuat dan insyaAllah kambing masuk awal Ogos ni. Dan sampai sini dulu. Boleh lihat slide yang kami lampirkan untuk gambar-gambar sekitar trip. Jumpa lagi. Chalos.
Azam Best Farm Admin.
0 comments:
Post a Comment