SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Kisah Kami

>> Tuesday, January 6, 2009

Salam, Selamat Tahun Baru dan Selamat Menyambut Maal Hijrah w'pn dah terlepas hari nya kepada rakyat Malaysia terutama penternak2 dan peminat2 kambing. Sedikit coretan dari kami, asik tak sempat aja nak update blog ni, cut and paste aje sempat hehehe. masa pun tak cukup untuk berfikir untuk menyusun strategi, hari ni barulah aku sempat nak update kan gambar2 kandang aku yang tak seberapa. Minat menternak kambing ni dah start masa mula-mula kami pergi pameran MAHA yang pertama diadakan tahun 2006 dulu. Tapi sebab kan ada perniagaan lain kami terpaksa melupakan niat tersebut. Tapi hati bergolak-golak untuk menjalankan bidang penternakan. Sehinggalah pada tahun awal 2007, seorang kawan ingin menjual kambing jenis kampung kepada kami dengan harga RM900 4 ekor urgent nak guna duit, so kami beli kambing dia. Start dari situ lah kami terus terlibat dengan bidang penternakan kambing ini. Kami beroperasi di Paya Ikan Bukit Baru Melaka dengan kandang bawah, then naik kandang atas sikit sambil-sambil pergi kursus belajar selok belok kambing, then naik pulak kandang 24kaki x 40kaki sambil-sambil tambah kambing dan cuba-cuba cari maklumat dan berangan untuk nak import kambing dari asutralia. dan sekarang tengah buat kandang kedua di Sungai Rambai Melaka dengan keluasan tanah hampir 5ekar. Sekarang pun asik ke hulu ke hilir untuk settlekan kandang dan kami juga ada buat supply cacing dan baja cacing dan kerana itulah sibuk benar kami nie. Nak maklumat boleh ke blog http:// azamagrotech.blogspot.com Untuk bidang penternakan kambing, kami akan fokus kepada trading and breeding kambing-kambing jenis baka baik boer kerana permintaan yang amat tinggi untuk pasaran tempatan untuk tujuan pembakaan dan penyembelihan. Minta tunjuk ajar dari pengimport-pengimport dan penternak-penternak yang besar dan berjaya dan yang baru nak naik kerana kawan memang nak mengimport kambing untuk buat trading and supplying around Malaysia.


Ini lah kambing kampung yang mula-mula aku beli dari member aku tu. 4ekor RM900 yang membuatkan kami cepat terjun ke bidang penternakan ini. Tapi nampak juga ada nampak kepala your buck f.b boer tu. Tu aku beli kemudian. Kambing kampung ni sampai sekarang ada aku simpan lagi.
Bermula dengan kandang bawah yang tak seberapa dan dapat komplen kat jiran-jiran cina aku tu. Aku tambah sikit-sikit kambing sambil plan nak buat kandang kat belakang rumah tapi tengah kumpul duit jual cacing dan baja laa.




Tiba-tiba tersiap pulak kandang belakang rumah dan dah bersosak dah. Ada lebih kurang 60ekor kambing kampung + Koplo + Jamnapari Cross + Bebiri +Boer Baka Baik. Masa ni pun aku sibuk ngan supply cacing dan baja cacing sambil-sambil cari duit untuk 2nd stage kandang dan upgrade kambing. Hehehe



Mesin aku minta member aku buatkan. Nak beli yang mahal tak mampu.


Kambing-kambing yang menghuni kandang kontraversi di Paya Ikan Melaka. Induk Boer F5/F6
Purebreed.

Untuk pejantan aku ada simpan Kalahari F.B Reg. , Young Buck Snake Bloodline dari Chevredor, Youg Buck F.B, Buck F.B Reg. Datang lah shopping!!!


Set-set koplo dan jamnapari cross.

Set-set bebiri tempatan. Nak di letgo kan.



2nd kandang sedang dalam pembinaan.



Tiang Kayu ada, tiang besi pun ada.




Aku gunakan perkhidmatan pembuat kandang yang mula-mula dulu. Kerja memang superb!!!


Kandang buat, rumput tak tanam parah juga. Order satu setengah tan benih.




Ini lah rupa kandang kambing aku yang kedua berkeluasan 30kaki x 100kaki di Kampung Parit Sialang, Sungai Rambai Melaka. 2nd stage untuk tempatkan kambing-kambing yang aku berangan kononnya nak bawa masuk direct from aussie. Aku ingat aku ni habis duit buat kandang aja lah.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP