SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

AZAM BEST FARM @ TV1

>> Friday, November 27, 2009

Salam, pada bulan November yang lepas, syarikat AZAM BEST FARM telah dihubungi oleh RTM untuk membuat shooting di kandang untuk program KOMUNITI BISTARI untuk siaran tv1. Kami dengan berbesar hati bersetuju dan shooting telah dijalankan lebih kurang 1 jam. Sebelum shooting bermula, kena interview dulu. Bro Shamsul layan dulu. Then time shooting, Khairol Azam diberi penghormatan untuk melayan karenah pengacara tu. Ye lah, dia yang selalu berada di kandang, so bagi lah di peluang. Dan siaranya akan keluar pada bulan Januari nanti. Berikut adalah antara scene-scene yang sempat kami snap. Enjoy the pictures.


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Selamat Hari Raya Aidiladha

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. SEMOGA PERNIAGAAN KITA TERUS DILINDUNGI OLEH ALLAH. Alhamdulillah, shipment sebelum raya haji kami selamat tiba 3crates kambing2 dan 1crate bebiri merino. Group yang tiba di kargo sebelum di bawa balik ke kandang terpaksa kami sukat demi memastikan kesemua customer dapat. Dekat kandang pun kena sukat juga, maklum lah time raya haji, semua berebut barang, masing-masing dah tak sabar nak bagi customer tengok kambing dan bebiri masing-masing untuk dijadikan ibadat korban. Daripada semua tak dapat, elok lah dapat sorang sedikit. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada customer-customer kami yang semakin percaya kan kambing-kambing yang kami bekal kan. Lain dari yang lain. Setiap crates farel kami COMMPOMM salin gigi. Terima kasih. Shipment seterusnya dijangka awal tahun 2010.

1crate bebiri Merino untuk penternak area Melaka dan Johor untuk diborong. Saiz kira oklah juga. Dari 35kg-55kg. Siapa yang datang awal tu dapat lah yang besar2. Gambor farel tak payah tepek lah, dah biasa tengok.

Di samping itu juga jualan kambing baka boer, kalahari masih berjalan seperti biasa. Yang hot sekarang adalah anak dorper. Belum lahir pun dah ada orang booking. Terima kasih atas sambutan yang diberikan.

Di kandang kami juga ada 2 student daripada SKILL TECH menginap selama 3bulan untuk menjalankan tugasan praktikal dalam bidang penternakan kambing. Janji kami kepada student ini kami akan bekalkan ilmu apa yang kami tahu sedalam yang boleh dan yang pasti kami ingin menjadikan student ini bukan sahaja penternak berjaya pada suatu hari tetapi juga usahawan serba boleh. InsyaAllah.
Student ni panggilan nya BOTAK. Berpotensi menjadi usahawan dalam bidang penternakan suatu hari nanti.



Yang ni pula nama samarannya GIGI. Boleh juga menjadi usahawan jika dibimbing dengan cara yang betul.

Yang ni pula nama nya GUSI. Hahaha. Lawak aje. Person in charge kat kandang. Khairol le.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Jualan Mutiara Feed Kambing

>> Friday, November 6, 2009


Salam, kami ada menjual Palet Mutiara untuk Kambing. Palet ini adalah keluaran 100% syarikat bumiputra Nuinfra Mutiara Feedmill Sdn Bhd. Harga tawaran adalah RM42.00 untuk 50kg. Jika belian banyak harga boleh dirunding. Produk telah mendapat sijil Halal. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Shamsul 0136316933 Shamsul.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Bebiri Merino dan Farel - shipment 3hb Nov 09

>> Monday, October 19, 2009


Salam, saya ucapkan terima kasih kepada yg beli dari kami untuk shipment yg lepas. Untuk shipment seterusnya kami akan bawakan juga bebiri merino berat 40kg-50kg dengan harga RM530.00 dengan minima belian 10ekor. Selalu penternak Johor call atau datang ke kandang aje mesti tanya bebiri ada,so kali ni kita bawakan bebiri untuk yang selalu bertanya..borong jangan tak borong..janji meniaga nak ikhlas...baru hidup dapat keberkatan.

Dan seperti biasa harga farel tetap tidak berubah walaupun currency hampir mencecah 3.2 dan dengan petunjuk yang kami beri dapat lah tuan mengagak berapa keuntungan kami. Yang pasti kambing farel kami Confirm dah salin gigi minimum 1 pasang dengan harga RM460 minima 10 ekor. Untuk orang Melaka kambing akan kami jual dengan harga RM460 sebagai promosi harga balik kampung. hahaha. Boleh pilih di kandang apabila kambing sampai. Tak payah pening kepala nak check gigi..kami dah suruh supplier kami check kan....so tuan2 dapat barang boleh terus jual. Tak ada lah nak tukar2 kalau datang dari jauh. KAMI ADALAH SATU-SATUNYA IMPORTER YANG MEMBAWA MASUK KAMBING FAREL CONFIRM DAH SALIN GIGI


SHIPMENT AKHIR AUGUST KAMBING DAN BEBIRI BREEDING.

Kami juga sekarang sedang mengumpul order bagi shipment akhir bulan November 2009.
Kalau perlukan kambing dan bebiri breeding, kami menawarkan harga dan jenis seperti berikut :
Boer Betina - harga tawaran kami f3/f4 - RM900
Pejantan Boer FB Reg - RM2350


Dorper Ewe f3/f4 RM1250.00
Dorper RAM RM2,500



Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Shamsul 0136316933 / Khairol 0176133093

Azam Best Farm Admin.

Read more...

>> Thursday, September 24, 2009

TAWARAN KAMBING FAREL BUDGET
SEMBELIH / AKIKAH


FERAL 26-33KG
(campur2 cukup umur dan belum cukup umur)
50 ekor - RM380.00 seekor
25 ekor - RM400.00 seekor
1 ekor - RM420.00 seekor

Deposit 50% firm dan kambing ambil di kargo

Shipment awal bulan October, kalau berminat call Shamsul 0136316933

Azam Best Farm Admin.

Read more...


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Jualan Anak Kambing October 2009

>> Wednesday, September 23, 2009

Salam, kami ingin memaparkan anak-anak boer dan red boer kalahari hasil breeding program yang kami buat di kandang. Alhamdulillah anak yg lahir banyak sihat-sihat dan ada yg fullblood dan ada crossbred. Boleh nilaikan sendiri dari slide di atas. Apatah lagi jika bertandang di kandang. Tak puas bermain dengan anak-anak kambing kami kerana kebanyakkannya jinak-jinak kerana kami bottle feeding ke mereka.

Oleh itu kami ingin menawarkan anak-anak kambing ini adalah untuk dijual dan harga adalah seperti berikut:

Anak Kambing Boer FB - RM900.00
Anak Kambing Purebred - RM650.00
Anak Kambing Red Boer Kalahari - RM750.00
Anak Dorper - RM650.00
*anak jantan dan betina berbeza RM50-RM100 mengikut spesifikasi bentuk badan.

Harga yang dinyatakan di atas adalah negotiable.

Terima kasih.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Jualan Hari Raya

>> Tuesday, September 22, 2009

SALAM SEMUA, DIKESEMPATAN INI KAMI INGIN MENGUCAPKAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

ALHAMDULILLAH, KAMBING SELAMAT SAMPAI KAT KARGO SEHARI SEBELUM RAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBELI-PEMBELI. YANG TAK DAPAT KAMBING LAGI TU INSYAALLAH AKHIR BULAN 9 NI ADA SHIPMENT LAGI DENGAN TAWARAN YANG MENARIK.

DIKESEMPATAN INI KAMI INGIN MENGADAKAN JUALAN HARI RAYA BAGI KAMBING AQIQAH/POTONG JENIS FAREL DAN BOER WHETHER. KAMBING SAMPAI LAGI AKHIR BULAN 9.

FAREL 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM460
(GEREEENTI DAH SALIN GIGI)

FAREL 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM440
(TAK GERENTI DAH SALIN GIGI)

BOER WHETHER 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM460.
(TAK GERENTI SALIN GIGI)


KALAU NAK BULK ORDER SILA CALL UNTUK NEGO. KAMBING AMBIL DI KARGO. KALAU NAK SURUH HANTAR ADA EXTRA DALAM RM10-20SEKOR.



KALAU SEKITAR MUAR ATAU MELAKA NAK URGENT, KAT KANDANG ADA LEBIHAN 20EKOR KAMBING FAREL, STOCK MLM RAYA SAMPAI HARI TU. HARGA RM480 DGN 5EKOR MINIMUM BELIAN LER. CONFIRMMM DAH SALIN GIGI SEBAB YG NI SAYA ORDER YG DAH SALIN GIGI. INSYAALLAH TAK PENING KEPALA KALAU NAK JUAL AQIQAH.


KALAU NAK DAMARA ATAU KIBAS CALL LER. TENGAH MENGUMPUL ORDER JUGAK NIE. HARGA AKAN UPDATE DALAM MASA TERDEKAT.

SHAMSUL AZAM BEST FARM




Azam Best Farm Admin.

Read more...

Tawaran Kambing Farel sebelum Hari Raya 2009

>> Friday, August 28, 2009



Salam, Selamat Berpuasa dan Selamat menjalankan penternakan kambing dan perniagaan kambing. Ada sedikit makluman. Kepada yang ingin kan kambing farel untuk simpanan stock selepas puasa boleh berhubung dengan kami. InsyaAllah kambing sampai pada 15hb september 2009. Just nice before hari raya dan tak ada lah customer panjat kandang nak kambing potong tak ada barang. Jika memerlukan kambing farel average 35kg-40kg boleh berhubung dengan kami untuk place order kerana barang terhad. Harga tawaran RM460-rm480. Kepada yg nak bulk order boleh email saya untuk tawaran harga munasabah. Dan yang pasti kambing ni semua datang dengan minimum 2teeth. InsyaAllah.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009

>> Monday, August 24, 2009








Salam, pada tarikh 10 Ogos sehingga 16Ogos 2009 yang lepas Azam Best Farm mewakili JPV Merlimau Melaka telah berada di booth untuk pameran kambing serta perkhidmatan yang disediakan. Sempat lah pamer kambing kalahari dan redboer. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan untuk pertanyaan kambing-kambing 'slaughter' dan kami juga sedikit sebanyak dapat mempromosikan kambing farel untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk menampung kos-kos pemakanan dan overhead yang tinggi setiap bulan. Dan insyaAllah juga kepada customer-customer yang inginkan kambing farel atau boer wethers akan kami hubungi apabila stock sampai. Sedikit gambar utk tatapan.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Kambing Saanen, Toggernburg dan British Alpine for sale

>> Wednesday, August 19, 2009







Salam, kami ada beberapa ekor Kambing Saanen Buck pure reg. dan Kambing Saanen Doe pure reg, sepasang Kambing British Alpine pure reg. dan sepasang Kambing Toggernburg pure reg. untuk dijual. Jika berminat boleh berhubung dengan farm manager khairul 017-6133093 dan shamsul 0136316933. Saya sertakan gambar-gambarnya disini. Harga boleh runding dari RM2400 dan cepat sebelum terlambat. Stock baru untuk kambing slaughter akan masuk dalam pertengahan bulan puasa. Jika berminat untuk mengirim kambing boer, redboer dan bebiri dorper untuk breeding juga sila call/email kami, harga JUJUR kami bagi. Kami cuba bawa sekali jika ada tempahan dalam pertengahan puasa dan harga insyaAllah lebih menarik.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Dorper and weaner boer for sale

>> Saturday, August 8, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

White Dorper for sale

Salam, kepada yg menunggu kambing tak turun2 lagi harap sabar..pilot tak jumpa landing bay kot..huuhuhu. Di sini kami nak clearkan bebiri white dorper shipment yg lepas. Ada sedikit stud buck yg muda dan kalau berminat call kerol at 0176133093. Dia sentiasa available sebab dia farm manager. hehehehe.

Ada dorper yg dah beranak terus apabila sampai kandang, anak white dorper nie ada yg survive, ada yg collapsed sebab long jurney from aussie then suddenly beranak pulak. So stress+ tak stabil lead ke penyakit pasteurellosis so that's why anaknya tak boleh survive. Tapi alhamdulillah, setelah sebulan anak dorper yg beranak survive dan cepat betul membesar. Hmm planning nak simpan pun kos meningkat. Anak2 white dorper nie semua nya dah ada orang booking so kami plan nak lepas kan induk-induknya. Harga insyaAllah boleh dirunding dan white dorper kami purebreed dan f3/f4 dan kalau kat aussie white dorper purebreed nie boleh diregister tapi kami tak register kan. So kalau ada yang berminat nak kan white dorper yang dah stabil ni boleh lah ke kandang. InsyaAllah harga runding. Kat slide ni ada lah juga gambar anak2 fullblood dan purebred. Alhamdulillah growth dengan sihat dan banyak uwang guna oooo nak feed depa nie. Apa2 pun layan aje la..adios



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Mugambi Stud Boer Farm

>> Friday, July 31, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Karbo Tarzan Stud Farm



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Lawatan ke farm saanen


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Update trip ke aussie awal July 2009

Salam semua. Maaf kerana tidak dapat update sekian lama. Untuk update kali ni semasa trip awal July ke Australia, saya ke Melbourne-Victoria-Adeleide -NSW sehingga ke Quensland. Memang kadang2 memikirkan penat bila take long journey ni tapi disebabkan balasannya dapat melihat cross country dengan suasana outback ventures, so saya rasa berbaloi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5hari-6hari dan jika dicampurkan perjalanan ke quensland ia mengambil masa hampir seminggu. Memang pengalaman yg menakjubkan di mana jika kita dengar satu dua bulan yang lepas, biri-biri Australia kedengaran seperti tiada stock di Malaysia tetapi kami di bawa oleh agent pengimport di area victoria untuk melihat sendiri stock bebiri yang mereka ada. Cuaca ketika itu memang hampir 2-3darjah celcius tetapi semangat punya pasal, pukul 7 dah terpacak kat stock farm dia orang. Beribu-ribu ekor bebiri merino kelihatan dan kebanyakkan nya telah dicukup bulunya. dan jika perlukan bebiri boleh lah order dari kami. Hehehe.

Perjalanan diteruskan untuk mencari baka Kambing Susu Saanen tetapi memang kedengaran di Australia pun memang payah nak dapat kambing Saanen ni lebih-lebih lagi baru terjadi malapetaka terhadap owner yang breed kambing saanen ni, ladang dan kambing-kambing nya terbakar. Dan ia merupakan satu impact besar ke industri Kambing Saanen Setempat kerana satu kehilangan yang besar bagi mereka. Tetapi kami dapat berjumap juga dengan owner farm yang breed kambing saanen nie dan kami dapat lihat perbezaan kambing saanen yang diternak di sini, tengok sendiri saiznya, mantap lah. Tapi kalau nak baak balik Malaysia pun harga pun sendiri mau ingat lah sebab berat kambing mempengaruhi harga jualan.


Kami juga sempat kat satu restaurant dan kebetulan kat situ ada Alpaca dan saya pun bergambar dengan binatang tu. Kuat merajuk seh binatang nie. Dan persoalan saya, adakah importer bawa masuk alpacas nie? Sebab tak ada dengar pulak alpacas ada di Malaysia. Dan memang kalau area victoria memang banyak alpacas ni dan dia pun macam kambing, ada kategori atau grad cam f1-f4. Macam2 mat saleh nie..hehehe.


Dalam perjalanan ke Adeleide kami terserempak dengan pengembala kambing macam kat Malaysia tetapi masalah nya pengembala nie punya kambing, masyaAllah, banyak nya. Ni dah dipanggil pengembala berjaya nie.heheheh. Lihat sendiri gambarnya.


Dan kami juga terserempak dengan ladang rusa di sini, nak singgah tak buat appoinment, so kami ambil gambar aja lah dengan harapan satu hari nanti nak cuba pula bawa rusa ke Malaysia.


Ketika kami berada di NSW, kami singgah ladang yang dikenali di Malaysia, Mugambi Boer Goat Stud. Kelihatan tidak berapa banyak kambing-kambingnya kerana di dah lelong kambing-kambingnya. Yang tinggal hanya baka-baka terpilih yang cun-cun untuk diternak semula. Berikut latar belakang Mugambi, copy and paste aje nie :) . Paul dan Jan Ormsby adalah pemilik/operators dari Mugambi Boer Goat Stud, ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Australia Forbes, Tengah Barat NSW., Mugambi Telah menikmati kesuksesan dalam consistent menunjukan kejayan mereka di gelangang pertunjukan dengan kejayan senior stud boer buck dan junior stud boer buck mereka. “Stone Cold” genetics digabungkan dengan baka boer dari Afrika Selatan menggunakan embryos juara dunia Dr Pepper dari genetic merupakan base melaharikan baka dari bloodline stone cold pada hari ini dan akan terus berkembang keserata pelusuk dunia. Sepanjang tahun 2003-2006 “Stone Cold” telah beberapa kali memenagi berapa Ribbon begitu juga dgn anak genarasi kedua dan ketiga.


Kami singgah di satu ladang, di area south australia kepunyaan kakak kepada kawan kami, dan kami lihat sendiri bagaimana bebiri dikasi atau dicensentrate. Apabila kambing atau bebiri yang telah mencapai umur 3bulan, telur kambing/bebiri tadi akan diikat dengan getah dan akan disembur dengan ubat yang saya pun tak berapa pasti untuk mengelakkan lalat...dan kelihatan selepas diikat telur bebiritu duduk melepak, senak agaknya kot...hehehe. dan tak berapa minit dia pun kembali aktif. Dan saya sertakan gambar-gambar untuk tatapan.



Dan kami juga singgah ke ladang Karbo Tarzan milik Pat di South Australia. Di ladang Karbo Tarzan ni ada kambing boer dan white dorper. Bini bernama Pat adalah Boer breeder dan suami nya nama tak ingat pula adalah White Dorper Breeder. Dan mereka juga agak terkenal di Malaysia dan memang saya dapati kambing boer mereka dan white dorper memang cantik dan harga pun cantik lah bang. Hehehe. Kalau ada rezeki dapat lah bawak masuk boer karbo tarzan ni ilepas raya nanti.

So macam biasa lah, bila ke quensland miles, kami singgah ke ladang Chevredor tetapi orang Sabah dah borong habis kambing di Chevredor nie. Kayo lah dia nie. Dan ada lah beberapa selection yang dibuat dan insyaAllah kambing masuk awal Ogos ni. Dan sampai sini dulu. Boleh lihat slide yang kami lampirkan untuk gambar-gambar sekitar trip. Jumpa lagi. Chalos.





Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP