Kenali Kambing Boer
>> Friday, December 12, 2008
Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah.
Boer dari perkataan Dutch bermakna ‘farmer’. Kedatangan Boer ke Afrika Selatan yang pernah direkodkan adalah ke Barat Uganda pada awal tahun A.D 1200. Dari mana asalnya keturunan Boer ini? Pembiakan awal adalah adalah dari golongan kaum Bantu Selatan (Southern Bantu), Namaqua Hottentots, India dan Eropah.
Generasi Boer moden ini telah bermula pada abad 20. Di Wilayah Timur Afrika, penternakan Boer untuk dagingnya telah diterajui oleh Encik W.G Jordaan di mana anaknya T.B Jordaan dari Buffelsfontein. Pada awal pembiakan kambing boer ini, W.G Jordaan telah membeli kambing yang mempunyai bulu yang pendek dan warna merah muda pada kepala kambing dari Puan Van de Venter dari Somerset East. Di samping itu dia membeli seekor kambing jantan yang amat besar dari I.B van Heerden dari Kaalplas Cradock. Dari jenis kambing inilah bermulanya pembiakan kambing boer tersebut. Itu sebab jenama Jordaan ini terpahat dalam industri pembiakan boer di Afrika Selatan.
Pada tahun 1959 pembiakan dan pemilihan kambing boer ini dikawalselia oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil Boer Goat Breeder’s Association (Afrika Selatan). Pada tahun 1970, kambing boer telah diuji oleh National Mutton Sheep and Goat Performance Testing Scheme bagi mengesahkan boer sebagai kambing pedaging ketika itu.
Pada tahun 1977, boer telah diimport oleh Jerman. New Zealand dan Australia telah mengimport boer pada tahun 1987 dan 1988. Di Amerika dan Kanada pula pada tahun 1993 selepas kedatangan embrio boer di Olds College, Kanada.
Penyakit : Kambing jenis ini tahan kepada serangan penyakit serta memiliki prospek pemasaran yang baik. Boleh meragut - impek terhad pada rumput atas (grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.
Beranak : 3 kali dalam masa 2 tahun. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian >200 g/hari.
Ciri-Ciri : Kambing jenis Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwarna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala. Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian. Baka ini sangat popular di Malaysia pada masa kini.
Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kakinya pendek, tegap, berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.
Piawaian : Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehadiran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.
Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 110kg hingga 135kg manakala berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.
Tempoh Matang : Kambing Boer adalah cepat matang :-
- Jantan - 6 bulan.
- Betina - 10 hingga 12 bulan.
Ringkasan Ciri-ciri Kambing Boer
- Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
- Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
- Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
- Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
- Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.
Boer F1
Di Australia, penternak mengamalkan kacukan di antara Boer FB jantan dengan kambing Feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan Boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan rupa Feral.
Boer F2
Boer FB dikacukkan dengan Boer F1 menghasilkan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya dan kadang-kadang ciri-ciri farel terserlah lagi. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri Boer yang berkualiti.
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara Boer FB dengan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga Boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara Boer FB dengan F3. Kebanyakkan pengimport akan mengklaskan kambing F3/F4 untuk memudahkan penjualan kambing. Kelihatan kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding Boer F3. Bentuk fizikal pula berdasarkan baka-baka kambing jantan di mana jika kambing pejantan yang baik digunakan, penghasilan anak kambing yang hebat fizikal badannya akan terhasil.
Boer F5 /F6 /F7 (Purebreed)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen Boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan Boer Purebreed hampir sama dengan Boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya dan kadang-kadang mempunyai posisi colour yang menarik. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan.Tetapi yang penting fizikal badannya dipengaruhi oleh penjantan yang baik Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan) jika tidak mempunyai bajet untuk membeli kambing fullblood.
Boer Goat - CrossBreeding Guide
F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland)
F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%
*also known as Feral (wild goats)
Reference to http://kambingboer.blogspot.com/2006/12/jenis-jenis-boer_21.html
Kos permulaan
- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)
Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)
Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti
Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.
petikan dari sumber : Nukilan ANZ Pada http://ternakan-kambing-lembu.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment