SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Tak seksa ke kambing guna magix box ni?

>> Saturday, December 13, 2008

Fauzi gemukkan kambing guna Magic Box


Teknik Magic Box yang diaplikasikan Fauzi diyakini berupaya merangsang pertumbuhan kambing.


SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil.

Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya.

Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya.

Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem yang benar-benar efektif dalam menghasilkan ternakan yang benar-benar berkualiti.

Pada masa sama beliau juga berharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Dalam jangka masa lima tahun menjalankan R&D, beliau tidak menjual walau seekor mahupun membekalkan kambing kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau memfokus terhadap mengkaji cara untuk membina sistem kandang, teknik pembiakan, penjagaan dan faktor pemakanan yang mampu mempengaruhi tumbesaran kambing.

Muhammad Fauzi mengakui, jangka masa lima tahun itu dirasakan agak panjang dan mungkin menjejaskan perusahaan kerana tiada janaan pulangan modal dalam lingkungan masa terdekat.

Namun, berteraskan minat serta pengalaman perniagaan yang mantap sebelum ini, Fauzi yang merupakan seorang pengusaha perabot, hanya mula membekalkan kambing kepada umum pada tahun ke enam selepas beliau benar-benar berpuas hati dengan ternakannya.

Menurutnya, selepas menjalankan sendiri R&D yang komprehensif, kambing yang diternak mampu membesar dengan lebih besar daripada saiz biasa.

“Pembinaan kandang yang bersesuaian serta pemakanan yang baik mampu mempengaruhi faktor pembesaran seekor kambing itu,’’ katanya.

Bekat kesabaran beliau itu, Fauzi kini memiliki dua ladang ternakan iaitu di Lenggeng dan Batang Berjuntai, Selangor.

Ladang ternakan di Lenggeng itu mempunyai keluasan 20 ekar dengan 10 ekar daripadanya menempatkan tiga tapak kandang kambing dan selebihnya adalah kawasan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

Sehingga kini, beliau memiliki 1,050 ekor kambing daripada jenis Jamnapari yang bakanya diimport dari Indonesia, manakala 1,300 ekor kambing lagi ditempatkan di Batang Berjuntai meliputi jenis Jamnapari dan Bebiri.

Antara yang menarik, Fauzi mengaplikasikan teknik pembinaan kandangan kambing yang dipanggil Magic Box dan menyelaraskan teknik pemakanan Feed lot bagi menggalakkan pembesaran kambing-kambing ternakannya.

Kandang tersebut merupakan tempat Fauzi menempatkan kambing yang berusia lebih dari tiga bulan untuk ‘digemukkan’.

Melalui teknik Magic Box ini, kambing-kambing akan ditempatkan pada petak-petak yang hanya mampu menempatkan seekor kambing dan akan dibiarkan di dalam petak tersebut untuk suatu jangka masa sehingga berbulan-bulan.

Setiap petak dilengkapi dengan tempat pemakanan yang khas di mana kambing-kambing tersebut akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Selain itu, ruang yang kecil turut membataskan pergerakan kambing di dalam kotak tersebut sekali gus menjadikan ia lebih gemuk.

Sistem tersebut ternyata berkesan kerana kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box itu mempunyai peningkatan dari segi berat dan saiz berbanding kambing yang diternak di dalam kandang biasa.

Pada kebiasaannya, seekor kambing Jamnapari yang matang memiliki berat antara 60 hingga 70 kilogram (kg), manakala menerusi Magic Box berat kambing mampu mencecah sehingga 100-120 kg.

Jelas Fauzi lagi, kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box nyata sihat-sihat belaka dan bebas daripada penyakit kerana petak khas itu telah dicipta dengan tempat pembuangan sisa yang begitu efektif sekali gus menjamin kebersihan kandang.

“Paling penting, penjagaan yang teliti perlu dilakukan bagi menjamin kualiti ternakan,’’ ujarnya.

Dari segi pemakanan pula, Fauzi menggunakan dedaun hijau daripada pelbagai jenis tumbuhan yang dicampur dengan hampas soya, barli dan juga kandungan mineral DG Premix.

Tambah beliau lagi, memproses makanan ternakan sendiri menjadikan kos pemakanan dapat dikurangkan dan lebih menjimatkan.

“Sekiranya, pengusaha menggunakan pellet sebagai bahan makanan, purata kos bagi seekor kambing adalah pada RM1 untuk sehari, padahal jika makanan diproses sendiri, kos tersebut mampu dijimatkan sehingga 30 sen bagi setiap ekor untuk sehari,’’ jelasnya.

Kini, selain membekalkan daging dan baka kambing, beliau turut menawarkan projek mini perladangan kontrak ternak kambing dan bebiri.

Pakej tersebut didatangkan dengan kandang, khidmat nasihat serta bantuan selepas jualan, kursus, kontrak pembelian balik hasil.


Read more...

Negara memerlukan sejuta kambing!!!

Pelan ternak kambing Malaysia-Australia Barat

PERTH 2 Dis. - Malaysia dan Australia Barat hari ini mencapai persetujuan untuk memulakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Industri Kambing Malaysia (PPIKM) bagi meningkatkan bilangan ternakan itu selari dengan keperluan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata, di bawah pelan itu kerajaan Australia Barat melalui Jabatan Pertanian dan Makanannya (DAFWA), akan menyediakan khidmat rundingan menyeluruh bermula dari peringkat bekalan baka kambing bermutu sehingga kepada pemprosesan untuk dipasarkan.

Katanya, kaedah itu bukan sahaja mampu menjimatkan kos tetapi menjamin kualiti baka kambing serta bekalan yang mencukupi.

''Dahulu menerusi kaedah tradisional, kita berhadapan pelbagai masalah termasuk kambing mati ketika penghantaran tetapi dengan kerjasama ini masalah itu boleh dielakkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian pelaksanaan PPIKM bersama kerajaan Australia Barat yang diwakili oleh Ketua Pengarah DAFWA, Ian Longson.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani; Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI), Datuk Dr. Abdul Shukor Abd. Rahman dan Konsul Jeneral Malaysia Australia Barat, Hamidah Ashari.

Pada majlis itu, JPV turut menyerahkan surat hasrat melantik DAFWA membantu membangunkan Pelan Pembangunan Industri Lembu Malaysia.

Abd. Aziz berkata, Australia Barat dipilih kerana negeri terbesar di Australia itu telah membuktikan keupayaan membangunkan industri penternakan berskala besar menggunakan teknologi penternakan terkini.

Pada masa ini Australia Barat menghasilkan kira-kira 20 juta biri-biri, lembu (dua juta), kambing (satu juta) dan unta antara 400 hingga 500 ekor setahun.

Beliau menambah, apa yang penting pelaksanaan pelan itu mampu membantu hasrat kerajaan mencapai kadar yang mencukupi untuk memenuhi keperluan makanan negara.

Sebagai permulaan, katanya, kerajaan akan membawa masuk kira-kira 10,000 baka kambing ferel dari Australia Barat.

''Negara memerlukan sejuta kambing untuk mencapai sasaran 35 peratus daripada keperluan negara menjelang 2015. Hari ini kita hanya mampu menternak 400,000 kambing," katanya.

Mengenai Pelan Pembangunan Industri Lembu Malaysia, Abd. Azizi berkata, ia akan menggunakan kaedah yang sama seperti industri kambing.

Beliau menjangkakan kedua-dua pihak mampu memuktamadkan pelan itu bagi membolehkan pelaksanaan dimulakan pada pertemuan susulan yang dijangka diadakan Julai tahun depan.

- Utusan

Read more...

Kambing Kasi atau Kembiri boleh buat korban ke?


Memandangkan isu kambing kasi untuk ibadah akikah dan korban telah dibangkitkan sekali lagi ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari JAKIM di bawah untuk penternak dan pengguna sekalian ... Surat ni saya dapat dari seorang "Otai" yang sudi utk. share info ni pada semua, tapi nama dirahsiakan atas sebab2 privacy ...
Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan ... diharap juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik.
Tuan/pan boleh juga bertanya secara direct ke JAKIM sekiranya ada maklumat tambahan / kepastian diperlukan.


Read more...

Kambing Shopping Price

Registered Fullblood BuckFrom RM 2,500
Unregistered Full Blood Buck RM 1,600
Purebreed (F5/F6) RM 1,180
Young Buck Reg. 4 - 6month RM 1,400
Registered Fullblood Doe RM 2,100
Young Buck 4-6month Un.Reg. RM 800
F3/F4 Doe RM 800 - RM 980
F1/F2 Doe RM 700- 790
Feral Doe RM 480-580
Aqiqah/Korban (Slaughtering) RM 500 – 700RM 550- 750
Wether Boer Male/female Boer
Sheep

#all prices negotiable

Read more...

Kenali Kambing Boer

>> Friday, December 12, 2008



Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah.

Boer dari perkataan Dutch bermakna ‘farmer’. Kedatangan Boer ke Afrika Selatan yang pernah direkodkan adalah ke Barat Uganda pada awal tahun A.D 1200. Dari mana asalnya keturunan Boer ini? Pembiakan awal adalah adalah dari golongan kaum Bantu Selatan (Southern Bantu), Namaqua Hottentots, India dan Eropah.

Generasi Boer moden ini telah bermula pada abad 20. Di Wilayah Timur Afrika, penternakan Boer untuk dagingnya telah diterajui oleh Encik W.G Jordaan di mana anaknya T.B Jordaan dari Buffelsfontein. Pada awal pembiakan kambing boer ini, W.G Jordaan telah membeli kambing yang mempunyai bulu yang pendek dan warna merah muda pada kepala kambing dari Puan Van de Venter dari Somerset East. Di samping itu dia membeli seekor kambing jantan yang amat besar dari I.B van Heerden dari Kaalplas Cradock. Dari jenis kambing inilah bermulanya pembiakan kambing boer tersebut. Itu sebab jenama Jordaan ini terpahat dalam industri pembiakan boer di Afrika Selatan.

Pada tahun 1959 pembiakan dan pemilihan kambing boer ini dikawalselia oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil Boer Goat Breeder’s Association (Afrika Selatan). Pada tahun 1970, kambing boer telah diuji oleh National Mutton Sheep and Goat Performance Testing Scheme bagi mengesahkan boer sebagai kambing pedaging ketika itu.

Pada tahun 1977, boer telah diimport oleh Jerman. New Zealand dan Australia telah mengimport boer pada tahun 1987 dan 1988. Di Amerika dan Kanada pula pada tahun 1993 selepas kedatangan embrio boer di Olds College, Kanada.


Penyakit : Kambing jenis ini tahan kepada serangan penyakit serta memiliki prospek pemasaran yang baik. Boleh meragut - impek terhad pada rumput atas (grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.

Beranak : 3 kali dalam masa 2 tahun. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian >200 g/hari.

Ciri-Ciri : Kambing jenis Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwarna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala. Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian. Baka ini sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kakinya pendek, tegap, berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Piawaian : Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehadiran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 110kg hingga 135kg manakala berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.

Tempoh Matang : Kambing Boer adalah cepat matang :-

  • Jantan - 6 bulan.
  • Betina - 10 hingga 12 bulan.

Ringkasan Ciri-ciri Kambing Boer
  • Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
  • Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
  • Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
  • Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
  • Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.
Jenis-Jenis Kambing Boer (Kacukan)




Boer F1
Di Australia, penternak mengamalkan kacukan di antara Boer FB jantan dengan kambing Feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan Boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan rupa Feral.





Boer F2
Boer FB dikacukkan dengan Boer F1 menghasilkan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya dan kadang-kadang ciri-ciri farel terserlah lagi. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri Boer yang berkualiti.




Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara Boer FB dengan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.





Boer F4
Begitu juga Boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara Boer FB dengan F3. Kebanyakkan pengimport akan mengklaskan kambing F3/F4 untuk memudahkan penjualan kambing. Kelihatan kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding Boer F3. Bentuk fizikal pula berdasarkan baka-baka kambing jantan di mana jika kambing pejantan yang baik digunakan, penghasilan anak kambing yang hebat fizikal badannya akan terhasil.



Boer F5 /F6 /F7 (Purebreed)

Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen Boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan Boer Purebreed hampir sama dengan Boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya dan kadang-kadang mempunyai posisi colour yang menarik. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan.
Tetapi yang penting fizikal badannya dipengaruhi oleh penjantan yang baik Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan) jika tidak mempunyai bajet untuk membeli kambing fullblood.

Boer Goat - CrossBreeding Guide

Guide to cross bred percentages.
What does F1, F2 etc mean?

F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland)

F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%

*also known as Feral (wild goats)

Reference to http://kambingboer.blogspot.com/2006/12/jenis-jenis-boer_21.html



Kos permulaan


- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)

Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)

Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti

Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.


petikan dari sumber : Nukilan ANZ Pada http://ternakan-kambing-lembu.blogspot.com/

Read more...

Penternak Baru

>> Thursday, December 11, 2008



Kami adalah usahawan yang telah menceburkan diri dalam bidang penternakan cacing dan sekarang melibatkan diri dengan ternakan kambing. Lokasi kandang kami di Kampung Paya Ikan, Bukit Baru Melaka dan di Parit Sialang, Sg. Rambai Melaka. Diusahakan oleh dua orang adik beradik dan bercita-cita untuk menjadi penternak, penjual, pembekal, pengimport dan pengajar tentang kambing jenis boer dan lain-lain. Kami akan bekerja keras untuk meletakkan kami setaraf dengan penternak sedia ada. Kami akan update apabila ada kambing untuk dijual dan ada bekalan baru sampai. Jika ingin berkongsi pengalaman atau tips2 untuk penternak baru, boleh share di shout box di atas. Selagi kambing mengembek, selagi nafas adakami akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk peminat-peminat kambing khususnya untuk daerah Selatan. Jika berminat untuk mencuba kambing-kambing kami atau nak shopping ke, window shopping kambing ke boleh berhubung dengan kami di talian 0136316933 Sham/ 0176133093 Krol atau melalui email , azambestfarm@yahoo.com

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP