SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Jualan Hari Raya

>> Tuesday, September 22, 2009

SALAM SEMUA, DIKESEMPATAN INI KAMI INGIN MENGUCAPKAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

ALHAMDULILLAH, KAMBING SELAMAT SAMPAI KAT KARGO SEHARI SEBELUM RAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBELI-PEMBELI. YANG TAK DAPAT KAMBING LAGI TU INSYAALLAH AKHIR BULAN 9 NI ADA SHIPMENT LAGI DENGAN TAWARAN YANG MENARIK.

DIKESEMPATAN INI KAMI INGIN MENGADAKAN JUALAN HARI RAYA BAGI KAMBING AQIQAH/POTONG JENIS FAREL DAN BOER WHETHER. KAMBING SAMPAI LAGI AKHIR BULAN 9.

FAREL 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM460
(GEREEENTI DAH SALIN GIGI)

FAREL 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM440
(TAK GERENTI DAH SALIN GIGI)

BOER WHETHER 30KG-40KG AVERAGE 35KG
RM460.
(TAK GERENTI SALIN GIGI)


KALAU NAK BULK ORDER SILA CALL UNTUK NEGO. KAMBING AMBIL DI KARGO. KALAU NAK SURUH HANTAR ADA EXTRA DALAM RM10-20SEKOR.



KALAU SEKITAR MUAR ATAU MELAKA NAK URGENT, KAT KANDANG ADA LEBIHAN 20EKOR KAMBING FAREL, STOCK MLM RAYA SAMPAI HARI TU. HARGA RM480 DGN 5EKOR MINIMUM BELIAN LER. CONFIRMMM DAH SALIN GIGI SEBAB YG NI SAYA ORDER YG DAH SALIN GIGI. INSYAALLAH TAK PENING KEPALA KALAU NAK JUAL AQIQAH.


KALAU NAK DAMARA ATAU KIBAS CALL LER. TENGAH MENGUMPUL ORDER JUGAK NIE. HARGA AKAN UPDATE DALAM MASA TERDEKAT.

SHAMSUL AZAM BEST FARM




Azam Best Farm Admin.

Read more...

Tawaran Kambing Farel sebelum Hari Raya 2009

>> Friday, August 28, 2009



Salam, Selamat Berpuasa dan Selamat menjalankan penternakan kambing dan perniagaan kambing. Ada sedikit makluman. Kepada yang ingin kan kambing farel untuk simpanan stock selepas puasa boleh berhubung dengan kami. InsyaAllah kambing sampai pada 15hb september 2009. Just nice before hari raya dan tak ada lah customer panjat kandang nak kambing potong tak ada barang. Jika memerlukan kambing farel average 35kg-40kg boleh berhubung dengan kami untuk place order kerana barang terhad. Harga tawaran RM460-rm480. Kepada yg nak bulk order boleh email saya untuk tawaran harga munasabah. Dan yang pasti kambing ni semua datang dengan minimum 2teeth. InsyaAllah.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009

>> Monday, August 24, 2009








Salam, pada tarikh 10 Ogos sehingga 16Ogos 2009 yang lepas Azam Best Farm mewakili JPV Merlimau Melaka telah berada di booth untuk pameran kambing serta perkhidmatan yang disediakan. Sempat lah pamer kambing kalahari dan redboer. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan untuk pertanyaan kambing-kambing 'slaughter' dan kami juga sedikit sebanyak dapat mempromosikan kambing farel untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk menampung kos-kos pemakanan dan overhead yang tinggi setiap bulan. Dan insyaAllah juga kepada customer-customer yang inginkan kambing farel atau boer wethers akan kami hubungi apabila stock sampai. Sedikit gambar utk tatapan.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Kambing Saanen, Toggernburg dan British Alpine for sale

>> Wednesday, August 19, 2009







Salam, kami ada beberapa ekor Kambing Saanen Buck pure reg. dan Kambing Saanen Doe pure reg, sepasang Kambing British Alpine pure reg. dan sepasang Kambing Toggernburg pure reg. untuk dijual. Jika berminat boleh berhubung dengan farm manager khairul 017-6133093 dan shamsul 0136316933. Saya sertakan gambar-gambarnya disini. Harga boleh runding dari RM2400 dan cepat sebelum terlambat. Stock baru untuk kambing slaughter akan masuk dalam pertengahan bulan puasa. Jika berminat untuk mengirim kambing boer, redboer dan bebiri dorper untuk breeding juga sila call/email kami, harga JUJUR kami bagi. Kami cuba bawa sekali jika ada tempahan dalam pertengahan puasa dan harga insyaAllah lebih menarik.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Dorper and weaner boer for sale

>> Saturday, August 8, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

White Dorper for sale

Salam, kepada yg menunggu kambing tak turun2 lagi harap sabar..pilot tak jumpa landing bay kot..huuhuhu. Di sini kami nak clearkan bebiri white dorper shipment yg lepas. Ada sedikit stud buck yg muda dan kalau berminat call kerol at 0176133093. Dia sentiasa available sebab dia farm manager. hehehehe.

Ada dorper yg dah beranak terus apabila sampai kandang, anak white dorper nie ada yg survive, ada yg collapsed sebab long jurney from aussie then suddenly beranak pulak. So stress+ tak stabil lead ke penyakit pasteurellosis so that's why anaknya tak boleh survive. Tapi alhamdulillah, setelah sebulan anak dorper yg beranak survive dan cepat betul membesar. Hmm planning nak simpan pun kos meningkat. Anak2 white dorper nie semua nya dah ada orang booking so kami plan nak lepas kan induk-induknya. Harga insyaAllah boleh dirunding dan white dorper kami purebreed dan f3/f4 dan kalau kat aussie white dorper purebreed nie boleh diregister tapi kami tak register kan. So kalau ada yang berminat nak kan white dorper yang dah stabil ni boleh lah ke kandang. InsyaAllah harga runding. Kat slide ni ada lah juga gambar anak2 fullblood dan purebred. Alhamdulillah growth dengan sihat dan banyak uwang guna oooo nak feed depa nie. Apa2 pun layan aje la..adios



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Mugambi Stud Boer Farm

>> Friday, July 31, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Karbo Tarzan Stud Farm



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Lawatan ke farm saanen


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Update trip ke aussie awal July 2009

Salam semua. Maaf kerana tidak dapat update sekian lama. Untuk update kali ni semasa trip awal July ke Australia, saya ke Melbourne-Victoria-Adeleide -NSW sehingga ke Quensland. Memang kadang2 memikirkan penat bila take long journey ni tapi disebabkan balasannya dapat melihat cross country dengan suasana outback ventures, so saya rasa berbaloi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5hari-6hari dan jika dicampurkan perjalanan ke quensland ia mengambil masa hampir seminggu. Memang pengalaman yg menakjubkan di mana jika kita dengar satu dua bulan yang lepas, biri-biri Australia kedengaran seperti tiada stock di Malaysia tetapi kami di bawa oleh agent pengimport di area victoria untuk melihat sendiri stock bebiri yang mereka ada. Cuaca ketika itu memang hampir 2-3darjah celcius tetapi semangat punya pasal, pukul 7 dah terpacak kat stock farm dia orang. Beribu-ribu ekor bebiri merino kelihatan dan kebanyakkan nya telah dicukup bulunya. dan jika perlukan bebiri boleh lah order dari kami. Hehehe.

Perjalanan diteruskan untuk mencari baka Kambing Susu Saanen tetapi memang kedengaran di Australia pun memang payah nak dapat kambing Saanen ni lebih-lebih lagi baru terjadi malapetaka terhadap owner yang breed kambing saanen ni, ladang dan kambing-kambing nya terbakar. Dan ia merupakan satu impact besar ke industri Kambing Saanen Setempat kerana satu kehilangan yang besar bagi mereka. Tetapi kami dapat berjumap juga dengan owner farm yang breed kambing saanen nie dan kami dapat lihat perbezaan kambing saanen yang diternak di sini, tengok sendiri saiznya, mantap lah. Tapi kalau nak baak balik Malaysia pun harga pun sendiri mau ingat lah sebab berat kambing mempengaruhi harga jualan.


Kami juga sempat kat satu restaurant dan kebetulan kat situ ada Alpaca dan saya pun bergambar dengan binatang tu. Kuat merajuk seh binatang nie. Dan persoalan saya, adakah importer bawa masuk alpacas nie? Sebab tak ada dengar pulak alpacas ada di Malaysia. Dan memang kalau area victoria memang banyak alpacas ni dan dia pun macam kambing, ada kategori atau grad cam f1-f4. Macam2 mat saleh nie..hehehe.


Dalam perjalanan ke Adeleide kami terserempak dengan pengembala kambing macam kat Malaysia tetapi masalah nya pengembala nie punya kambing, masyaAllah, banyak nya. Ni dah dipanggil pengembala berjaya nie.heheheh. Lihat sendiri gambarnya.


Dan kami juga terserempak dengan ladang rusa di sini, nak singgah tak buat appoinment, so kami ambil gambar aja lah dengan harapan satu hari nanti nak cuba pula bawa rusa ke Malaysia.


Ketika kami berada di NSW, kami singgah ladang yang dikenali di Malaysia, Mugambi Boer Goat Stud. Kelihatan tidak berapa banyak kambing-kambingnya kerana di dah lelong kambing-kambingnya. Yang tinggal hanya baka-baka terpilih yang cun-cun untuk diternak semula. Berikut latar belakang Mugambi, copy and paste aje nie :) . Paul dan Jan Ormsby adalah pemilik/operators dari Mugambi Boer Goat Stud, ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Australia Forbes, Tengah Barat NSW., Mugambi Telah menikmati kesuksesan dalam consistent menunjukan kejayan mereka di gelangang pertunjukan dengan kejayan senior stud boer buck dan junior stud boer buck mereka. “Stone Cold” genetics digabungkan dengan baka boer dari Afrika Selatan menggunakan embryos juara dunia Dr Pepper dari genetic merupakan base melaharikan baka dari bloodline stone cold pada hari ini dan akan terus berkembang keserata pelusuk dunia. Sepanjang tahun 2003-2006 “Stone Cold” telah beberapa kali memenagi berapa Ribbon begitu juga dgn anak genarasi kedua dan ketiga.


Kami singgah di satu ladang, di area south australia kepunyaan kakak kepada kawan kami, dan kami lihat sendiri bagaimana bebiri dikasi atau dicensentrate. Apabila kambing atau bebiri yang telah mencapai umur 3bulan, telur kambing/bebiri tadi akan diikat dengan getah dan akan disembur dengan ubat yang saya pun tak berapa pasti untuk mengelakkan lalat...dan kelihatan selepas diikat telur bebiritu duduk melepak, senak agaknya kot...hehehe. dan tak berapa minit dia pun kembali aktif. Dan saya sertakan gambar-gambar untuk tatapan.



Dan kami juga singgah ke ladang Karbo Tarzan milik Pat di South Australia. Di ladang Karbo Tarzan ni ada kambing boer dan white dorper. Bini bernama Pat adalah Boer breeder dan suami nya nama tak ingat pula adalah White Dorper Breeder. Dan mereka juga agak terkenal di Malaysia dan memang saya dapati kambing boer mereka dan white dorper memang cantik dan harga pun cantik lah bang. Hehehe. Kalau ada rezeki dapat lah bawak masuk boer karbo tarzan ni ilepas raya nanti.

So macam biasa lah, bila ke quensland miles, kami singgah ke ladang Chevredor tetapi orang Sabah dah borong habis kambing di Chevredor nie. Kayo lah dia nie. Dan ada lah beberapa selection yang dibuat dan insyaAllah kambing masuk awal Ogos ni. Dan sampai sini dulu. Boleh lihat slide yang kami lampirkan untuk gambar-gambar sekitar trip. Jumpa lagi. Chalos.





Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP