SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

Kambing Saanen, Toggernburg dan British Alpine for sale

>> Wednesday, August 19, 2009







Salam, kami ada beberapa ekor Kambing Saanen Buck pure reg. dan Kambing Saanen Doe pure reg, sepasang Kambing British Alpine pure reg. dan sepasang Kambing Toggernburg pure reg. untuk dijual. Jika berminat boleh berhubung dengan farm manager khairul 017-6133093 dan shamsul 0136316933. Saya sertakan gambar-gambarnya disini. Harga boleh runding dari RM2400 dan cepat sebelum terlambat. Stock baru untuk kambing slaughter akan masuk dalam pertengahan bulan puasa. Jika berminat untuk mengirim kambing boer, redboer dan bebiri dorper untuk breeding juga sila call/email kami, harga JUJUR kami bagi. Kami cuba bawa sekali jika ada tempahan dalam pertengahan puasa dan harga insyaAllah lebih menarik.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Dorper and weaner boer for sale

>> Saturday, August 8, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

White Dorper for sale

Salam, kepada yg menunggu kambing tak turun2 lagi harap sabar..pilot tak jumpa landing bay kot..huuhuhu. Di sini kami nak clearkan bebiri white dorper shipment yg lepas. Ada sedikit stud buck yg muda dan kalau berminat call kerol at 0176133093. Dia sentiasa available sebab dia farm manager. hehehehe.

Ada dorper yg dah beranak terus apabila sampai kandang, anak white dorper nie ada yg survive, ada yg collapsed sebab long jurney from aussie then suddenly beranak pulak. So stress+ tak stabil lead ke penyakit pasteurellosis so that's why anaknya tak boleh survive. Tapi alhamdulillah, setelah sebulan anak dorper yg beranak survive dan cepat betul membesar. Hmm planning nak simpan pun kos meningkat. Anak2 white dorper nie semua nya dah ada orang booking so kami plan nak lepas kan induk-induknya. Harga insyaAllah boleh dirunding dan white dorper kami purebreed dan f3/f4 dan kalau kat aussie white dorper purebreed nie boleh diregister tapi kami tak register kan. So kalau ada yang berminat nak kan white dorper yang dah stabil ni boleh lah ke kandang. InsyaAllah harga runding. Kat slide ni ada lah juga gambar anak2 fullblood dan purebred. Alhamdulillah growth dengan sihat dan banyak uwang guna oooo nak feed depa nie. Apa2 pun layan aje la..adios



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Mugambi Stud Boer Farm

>> Friday, July 31, 2009



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Trip ke Karbo Tarzan Stud Farm



Azam Best Farm Admin.

Read more...

Lawatan ke farm saanen


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Update trip ke aussie awal July 2009

Salam semua. Maaf kerana tidak dapat update sekian lama. Untuk update kali ni semasa trip awal July ke Australia, saya ke Melbourne-Victoria-Adeleide -NSW sehingga ke Quensland. Memang kadang2 memikirkan penat bila take long journey ni tapi disebabkan balasannya dapat melihat cross country dengan suasana outback ventures, so saya rasa berbaloi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5hari-6hari dan jika dicampurkan perjalanan ke quensland ia mengambil masa hampir seminggu. Memang pengalaman yg menakjubkan di mana jika kita dengar satu dua bulan yang lepas, biri-biri Australia kedengaran seperti tiada stock di Malaysia tetapi kami di bawa oleh agent pengimport di area victoria untuk melihat sendiri stock bebiri yang mereka ada. Cuaca ketika itu memang hampir 2-3darjah celcius tetapi semangat punya pasal, pukul 7 dah terpacak kat stock farm dia orang. Beribu-ribu ekor bebiri merino kelihatan dan kebanyakkan nya telah dicukup bulunya. dan jika perlukan bebiri boleh lah order dari kami. Hehehe.

Perjalanan diteruskan untuk mencari baka Kambing Susu Saanen tetapi memang kedengaran di Australia pun memang payah nak dapat kambing Saanen ni lebih-lebih lagi baru terjadi malapetaka terhadap owner yang breed kambing saanen ni, ladang dan kambing-kambing nya terbakar. Dan ia merupakan satu impact besar ke industri Kambing Saanen Setempat kerana satu kehilangan yang besar bagi mereka. Tetapi kami dapat berjumap juga dengan owner farm yang breed kambing saanen nie dan kami dapat lihat perbezaan kambing saanen yang diternak di sini, tengok sendiri saiznya, mantap lah. Tapi kalau nak baak balik Malaysia pun harga pun sendiri mau ingat lah sebab berat kambing mempengaruhi harga jualan.


Kami juga sempat kat satu restaurant dan kebetulan kat situ ada Alpaca dan saya pun bergambar dengan binatang tu. Kuat merajuk seh binatang nie. Dan persoalan saya, adakah importer bawa masuk alpacas nie? Sebab tak ada dengar pulak alpacas ada di Malaysia. Dan memang kalau area victoria memang banyak alpacas ni dan dia pun macam kambing, ada kategori atau grad cam f1-f4. Macam2 mat saleh nie..hehehe.


Dalam perjalanan ke Adeleide kami terserempak dengan pengembala kambing macam kat Malaysia tetapi masalah nya pengembala nie punya kambing, masyaAllah, banyak nya. Ni dah dipanggil pengembala berjaya nie.heheheh. Lihat sendiri gambarnya.


Dan kami juga terserempak dengan ladang rusa di sini, nak singgah tak buat appoinment, so kami ambil gambar aja lah dengan harapan satu hari nanti nak cuba pula bawa rusa ke Malaysia.


Ketika kami berada di NSW, kami singgah ladang yang dikenali di Malaysia, Mugambi Boer Goat Stud. Kelihatan tidak berapa banyak kambing-kambingnya kerana di dah lelong kambing-kambingnya. Yang tinggal hanya baka-baka terpilih yang cun-cun untuk diternak semula. Berikut latar belakang Mugambi, copy and paste aje nie :) . Paul dan Jan Ormsby adalah pemilik/operators dari Mugambi Boer Goat Stud, ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Australia Forbes, Tengah Barat NSW., Mugambi Telah menikmati kesuksesan dalam consistent menunjukan kejayan mereka di gelangang pertunjukan dengan kejayan senior stud boer buck dan junior stud boer buck mereka. “Stone Cold” genetics digabungkan dengan baka boer dari Afrika Selatan menggunakan embryos juara dunia Dr Pepper dari genetic merupakan base melaharikan baka dari bloodline stone cold pada hari ini dan akan terus berkembang keserata pelusuk dunia. Sepanjang tahun 2003-2006 “Stone Cold” telah beberapa kali memenagi berapa Ribbon begitu juga dgn anak genarasi kedua dan ketiga.


Kami singgah di satu ladang, di area south australia kepunyaan kakak kepada kawan kami, dan kami lihat sendiri bagaimana bebiri dikasi atau dicensentrate. Apabila kambing atau bebiri yang telah mencapai umur 3bulan, telur kambing/bebiri tadi akan diikat dengan getah dan akan disembur dengan ubat yang saya pun tak berapa pasti untuk mengelakkan lalat...dan kelihatan selepas diikat telur bebiritu duduk melepak, senak agaknya kot...hehehe. dan tak berapa minit dia pun kembali aktif. Dan saya sertakan gambar-gambar untuk tatapan.



Dan kami juga singgah ke ladang Karbo Tarzan milik Pat di South Australia. Di ladang Karbo Tarzan ni ada kambing boer dan white dorper. Bini bernama Pat adalah Boer breeder dan suami nya nama tak ingat pula adalah White Dorper Breeder. Dan mereka juga agak terkenal di Malaysia dan memang saya dapati kambing boer mereka dan white dorper memang cantik dan harga pun cantik lah bang. Hehehe. Kalau ada rezeki dapat lah bawak masuk boer karbo tarzan ni ilepas raya nanti.

So macam biasa lah, bila ke quensland miles, kami singgah ke ladang Chevredor tetapi orang Sabah dah borong habis kambing di Chevredor nie. Kayo lah dia nie. Dan ada lah beberapa selection yang dibuat dan insyaAllah kambing masuk awal Ogos ni. Dan sampai sini dulu. Boleh lihat slide yang kami lampirkan untuk gambar-gambar sekitar trip. Jumpa lagi. Chalos.





Azam Best Farm Admin.

Read more...

Update sebelum depart to Aussie for July Shipment

>> Saturday, June 20, 2009

Salam semua...Kami akan bertolak ke Australia pada insyaAllah 25-26june ini untuk membuat pemilihan kambing di sana. Lokasi maybe jauh sikit di area New South Wales. Sekali-sekala kena berubah angin sambil makan angin. hehehe. Kami jangkakan akan membawa masuk Saanen atau Dairy Goat yg lain yg berumur 12bulan untuk penternak tempatan. Disamping itu juga macam biasa, kami akan bawakan Stud Buck dari NSW utk peminat-peminat stud di Malaysia serta Purebreed pada berat sekitar 35kg. Harga insyaAllah boleh runding tapi tak banyak ler, currency makin naik daaa. Dan juga subsidi export dari kerajaan Australia untuk local farmer dah kena potong so harga slidely naik, tapi macam biasa lah, harga tidak banyak berbeza.


Kami juga akan bawa masuk Bebiri Damara Sembelih untuk diborong oleh penternak-penternak tempatan untuk buat trading. Harga Damara yg ditawaarkan sekitar RM480-RM500 average 40kg. dan macam biasa juga Farel tetap dihati. Jika bekalan dah putus atau leceh nak ambil jauh-jauh boleh berhubung dengan kami bagi penternak area Selatan untuk mendapatkan bekalan kambing potong Farel pada kadar RM440 bawah 35kg dan RM460 bagi atas 40kg. Boer Wethers juga akan dibawa pada harga RM480 40kg average. Ini harga borong so kenalah ambil banyak yer..kalau nak bulk order just give me a call.

So lain update takada, tunggu saya kat sana nanti saya updatekan. Update jualan yg lepas Alhamdulillah purebreed tinggal yg tak cantik aja kat kandang tuu. Kira saya breed lah. Tapi ada Stud Buck for clearance Harga RM3100runding. Gambar kat bawah ni, cantik juga stud ni, cepat sebelum terlepas. Dan ada 3ekor lagi stud, gambar nanti update. RM3100 runding, datang lah kandang untuk menilainya sendiri.

Dan Dorper insyaAllah akan sampai minggu depan dan siapa minat boleh sms saya, nanti Dopper sampai saya bagitau. So tunggu next week saya update dari Australiaaaaa..salam.
Azam Best Farm Admin.

Read more...

Shipment 02 Jun 09

>> Wednesday, June 10, 2009

Salami semua ...shukur, kandang pun sempat disiapkan dan kambing pun selamat sampai 2 june hari tuu..dan kerja-kerja pengagihan telah selamat dilakukan di animal hotel. Kuantiti pun tak banyak sekitar 230ekor aje, walaupun last minit saya dapat tahu satu crate dorper tak turun, tetapi kami tetapi semangat membawa balik kambing-kambing breeding dan slaughter ke Melaka w'pun hujan lobatnya kira-kira jam 1pagi. . Kita basah kuncup tak pa, kambing tuuu nak kena berteduh, yg belum punggah dalam crete tuu pun lecun jugakk..nasib ko lahh kambinggg. Mana yg selebihnya kami bawa balik dengan 1treller dan 1 lori 3tan. Dan kambing selesai punggah pun sekitar 6pagi. Letihnyerrrr.

Berikut adalah gambar untuk tatapan, guna handphone aje, camera lupa pulak nak bawak...



Untuk makluman, kambing farel dan boer wethers telah sold out dalam masa seminggu, alhamdulillah rezeki. Untuk next shipment kami akan tingkatkan kuantiti kambing slaughter kami dan Bulk Purchase for Farel Goat will comes with special price...nak tahu calling2 lahh kami. Kami pun heran juga kerana farel yg ada saiz tapi belum salin gigi pun customer beli juga, katanya nak simpan dulu. Kalau sesiapa yang dari Selatan atau Utara ke atau tengah2 kalau nak cuba beli farel dengan kami, silakan. Tempahan untuk shipment July sedang dibuka. Yang tinggal di kandang untuk shipment yg terbaru kami untuk dijual adalah studbuck boer fb reg. dan purebreed 35kg lebih kurang 15 ekor. Sapo nak datang lah kandang, kami kasi harga clear kandang nya. Tak caya try ler.



Berikut adalah gambar untuk peminat lihat stud-stud yang kami bawa di mana ada seekor kita orang panggil JAMBUL menjadi rebutan pencinta boer stud buck tetapi akhirnya jatuh ke tangan pembeli dari perak. Ado lagi kat kandang tu, belum hantar lagi, tengah arrangekan masa penghantaran aje..kalau nak tengok2 stud lain meh lahh ke Merlimau. Ada 3-4ekor lagi. Gambor tengok lah kat bawah nie.

Stud Jambul -Sold to Perak's Breeder



Stud 937 -Sold to Perak breeder



Stud 922 RM3100 available- call me now at 0136316933 Shamsul



Stud 882 -14bulan- sold to Kelantan's breeder


Berikut pula adalah gambar purebreed 35kg average, kalau berkenan nak yg besar-besar sila lah ke kandang sebelum sold out. Kalau nak order untuk July shipment pun boleh kerana insyaAllah kami akan ke area New South Wales untuk pemilihan shipment akan datang.

Tidak dilupakan juga kami mempunya lebih kurang 15ekor anak-anak boer umur sekitar 4-5bulan untuk dijual. Bapaknya fb reg. dan maknya F3/F4, anaknya tak ke jatuh F5/F6. Harga ditaawarkan RM500 ajee. Runding lagi tu broo..mai ler kalau suka anak-anak boer bermain2 di kandang sendiri. hehehe. -SOLD TO KELANTAN'S BREEDER

Kalau nak yang anak fb pun kami ada, dalam 10ekor untuk customer yg pentingkan kualiti untuk buat breeding. Harga RM900 nego! Umur pun sekitar 5-6bulan.-Sold to KELANTAN'S BREEDER


Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli2 dan kepada bakal2 pembeli jika ingin membuat tempahan boleh berhubung dengan kami untuk cuba deal dengan kami pulak. Tak rugi ramai supplier dan tak le putus stock. Terima kasih. Salam.





Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP