SHIPMENT TERDEKAT : Boer does f1-f3, Farel, Saanen - March/April
******************************************************** Kami memerlukan kambing boer kepala coklat betina 25kg-35kg dengan harga tawaran rm500-rm600. Hubungi kami jika ingin clear stock anda. ******************************************************

AZAM BEST FARM @ TV1

>> Friday, November 27, 2009

Salam, pada bulan November yang lepas, syarikat AZAM BEST FARM telah dihubungi oleh RTM untuk membuat shooting di kandang untuk program KOMUNITI BISTARI untuk siaran tv1. Kami dengan berbesar hati bersetuju dan shooting telah dijalankan lebih kurang 1 jam. Sebelum shooting bermula, kena interview dulu. Bro Shamsul layan dulu. Then time shooting, Khairol Azam diberi penghormatan untuk melayan karenah pengacara tu. Ye lah, dia yang selalu berada di kandang, so bagi lah di peluang. Dan siaranya akan keluar pada bulan Januari nanti. Berikut adalah antara scene-scene yang sempat kami snap. Enjoy the pictures.


Azam Best Farm Admin.

Read more...

Selamat Hari Raya Aidiladha

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. SEMOGA PERNIAGAAN KITA TERUS DILINDUNGI OLEH ALLAH. Alhamdulillah, shipment sebelum raya haji kami selamat tiba 3crates kambing2 dan 1crate bebiri merino. Group yang tiba di kargo sebelum di bawa balik ke kandang terpaksa kami sukat demi memastikan kesemua customer dapat. Dekat kandang pun kena sukat juga, maklum lah time raya haji, semua berebut barang, masing-masing dah tak sabar nak bagi customer tengok kambing dan bebiri masing-masing untuk dijadikan ibadat korban. Daripada semua tak dapat, elok lah dapat sorang sedikit. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada customer-customer kami yang semakin percaya kan kambing-kambing yang kami bekal kan. Lain dari yang lain. Setiap crates farel kami COMMPOMM salin gigi. Terima kasih. Shipment seterusnya dijangka awal tahun 2010.

1crate bebiri Merino untuk penternak area Melaka dan Johor untuk diborong. Saiz kira oklah juga. Dari 35kg-55kg. Siapa yang datang awal tu dapat lah yang besar2. Gambor farel tak payah tepek lah, dah biasa tengok.

Di samping itu juga jualan kambing baka boer, kalahari masih berjalan seperti biasa. Yang hot sekarang adalah anak dorper. Belum lahir pun dah ada orang booking. Terima kasih atas sambutan yang diberikan.

Di kandang kami juga ada 2 student daripada SKILL TECH menginap selama 3bulan untuk menjalankan tugasan praktikal dalam bidang penternakan kambing. Janji kami kepada student ini kami akan bekalkan ilmu apa yang kami tahu sedalam yang boleh dan yang pasti kami ingin menjadikan student ini bukan sahaja penternak berjaya pada suatu hari tetapi juga usahawan serba boleh. InsyaAllah.
Student ni panggilan nya BOTAK. Berpotensi menjadi usahawan dalam bidang penternakan suatu hari nanti.



Yang ni pula nama samarannya GIGI. Boleh juga menjadi usahawan jika dibimbing dengan cara yang betul.

Yang ni pula nama nya GUSI. Hahaha. Lawak aje. Person in charge kat kandang. Khairol le.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

Jualan Mutiara Feed Kambing

>> Friday, November 6, 2009


Salam, kami ada menjual Palet Mutiara untuk Kambing. Palet ini adalah keluaran 100% syarikat bumiputra Nuinfra Mutiara Feedmill Sdn Bhd. Harga tawaran adalah RM42.00 untuk 50kg. Jika belian banyak harga boleh dirunding. Produk telah mendapat sijil Halal. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Shamsul 0136316933 Shamsul.

Azam Best Farm Admin.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP